Amir Hakimi
Antara Hosni Mubarrak, Taib dan Anwar
Selama 30 tahun mengetuai pemerintahan kerajaan masing-masing. Dari sudut itu Hosni Mubarrak dan Pehin Seri Taib memang mempunyai persamaan. Itu sahaja. Fullstop. Noktah.
Namun, dalam tempoh yang sama ketika Mubarak membawa kemunduran kepada Mesir , Taib pula membawa pembangunan yang signifikan kepada Sarawak. Ketika Mubarak hanya mamapu memberikan pendapatan perkapita sebanyak US$2 (RM6.14) sehari atau kira-kira RM200 sebulan kepada Mesir, Taib pula memberikan pendapatan perkapita lebih RM2,000 sebulan atau lebih sepuluh kali ganda kepada Sarawak.
Banyak lagi data ekonomi yang boleh dijadikan perbandingan yang boleh dipaparkan untuk menunjukkan antara pencapaian Mubarak dan kecemerlangan Taib yang bagaikan langit dengan bumi.
Itu antara Mubarak dan Taib. Bagaimana pula antara Hosni Mubarak dan Anwar Ibrahim? Perbezaan antara keduanya juga amat ketara. Yang sama hanyalah kedua-duanya jelas pro-Israel dan zionisme. Namun, secara umum Mubarak juga tetap tidak setaraf Anwar yang mengatasinya dalam banyak hal.
Kalau Mubarak seorang diktator, kediktatoran Anwar lebih tinggi dari itu. Mubarak tidak pernah melantik isterinya sebagai timbalannya sepertimana Anwar melantik Azizah sebagai Presiden PKR dan dalam masa yang sama anaknya Nurul Izah pula sebagai Naib Presiden.
Kalau Mubarak tidak pernah menjadikan masalah peribadinya menjadi masalah negara, Anwar pula menukarkan kes salah laku jenayah peribadinya menjadi masalah Malaysia dengan mengheret seluruh rakyat untuk 'membebaskan' dirinya.
Adalah menjadi kebiasaan bagi seorang pemimpin politik melepaskan jawatan, malah kalau di Jepun ada yang membuat harakiri bila disabitkan dengan mana-mana kes jenayah. Tapi berbeza dengan Anwar. Sebaik sahaja tuduhan meliwat dibuat terhadapnya dia memaksa isterinya 'menyerahkan' jawatan ahli parlimen dan ketua pembangkang kepadanya.
Sejahat-jahat Mubarak tidak pernah tergamak untuk menghina negaranya sendiri walau pun ketika terhimpit. Tapi tidak bagi Anwar. Ketika para pemimpin lain mempromosikan negara masing-masing di luar negara, Anwar pula sibuk melemparkan penghinaan demi penghinaan terhadap negaranya sendiri di seluruh pelusuk dunia.
Sebusuk-busuk Mubarak tidak pernah minta isterinya menggelarkan dirinya sebagai anugerah Tuhan. Anwar lebih hebat, bukan sahaja mengangkat dirinya sebagai anugerah Tuhan tetapi juga sanggup 'menjual' ayat-ayat Quran.
Serakus-rakus nafsu Mubarak dia tetap setia pada isterinya. Tapi Anwar lebih hebat. Dia bukan sahaja melampiaskan nafsunya pada wanita lain termasuk isteri orang tetapi juga kepada jantan.
No comments:
Post a Comment