Saturday, October 22, 2011

MESTI BACA ..!!! Antara PAS dan Anwar Ibrahim.....

Trooper Taman Ehsan


Sila baca artikel ini dan sebarkan, kerana mengikut Tn Guru Hj Hadi Awang mengumpat dan menceritakan keburukan pemimpin adalah wajib.

6.2 Pertembungan antara PAS dan DSAI

Kali ini saya ingin menyentuh, mempertikai dan mengkritik mengenai sikap ulamak, pemimpin dan cerdik pandai Islam kita di dalam berpolitik terutamanya di dalam isu pertembungan antara PAS dan UMNO semasa Datuk Sri Anwar Ibrahim masih di dalam kerajaan dan juga selepas ia dipecat. Saya harap dengan fakta-fakta dari sumber yang jelas yang akan saya tunjukkan, mereka yang tidak bersetuju dan mempertikai email saya sebelum ini yang saya tulis secara umum, akan lebih memahami apa yang saya maksudkan ............ ..... Kecuali mereka yang taksub dan mempunyai penyakit di dalam hati.

Berikut adalah beberapa fakta mengenai pertembungan antara PAS dan DSAI semasa ia masih di dalam kerajaan:-

i) PAS menganggap Belanjawan 1994 yang dibentangkan Anwar Ibrahim berwajah FIRAUN. Ia menjadi punca pertelingkahan antara PAS dan Anwar. Ini kerana ia memberi kelonggaran kepada golongan koporat yang menjadi gangster ekonomi dan sebab utama kemenangan orang-orang Anwar di dalam Team Wawasan. Anwar tidak dapat menerima tuduhan tersebut dan menganggap ianya sebagai kolot dan jumud. (Dunia Islam Jan 94 m/s 4&5).

ii) Anwar Lebih Ganas Daripada Mahathir? - Tajuk wawancara antara saudara Lutfi Othman dengan Mohd Sabu seperti yang tersiar di dalam Majalah Tamadun Julai 98 m/s 16. Antara isi kandungannya yang menunjukkan sikap PAS terhadap DSAI yang saya ringkaskan :-

a) Sebenarnya gejala nepotisme yang berlaku dalam pemerintahan M'sia, saya meletakkan Anwar Ibrahim lebih ganas daripada Mahathir. Kerana Anwar belum berkuasa penuh tetapi suku sakatnya telah mencipta kekayaan lebih hebat. Antaranya Kamarudin Jaafar menjadi jutawan segera, saudaranya Rani, Marzuki dan Rosli Ibrahim dan setiausaha sulitnya Nasarudin Jalil naik mendadak dalam perniagaan, kerana pandai berniaga atau kerana Anwar Ibrahim?

b) Jangan lupa semasa Anwar hendak menjatuhkan Ghafar Baba wujud peranan Quek Leng Chan dan beberapa jutawan lain yang membiayai golongan tertentu untuk menguasai saham NST dan TV3 gara-gara untuk mengukuhkan posisi Anwar. Kita juga ingin bertanya 300 juta saham Petronas Dagang dilabur ke mana sehingga perwakilan Sabah berubah dari menyokong Ghafar kepada Anwar dengan begitu mengejutkan?

c) Imej Anwar nampak bersih adalah kerana media tempatan yang dikuasainya. Pernah satu ketika bila menonton TV3, berita Anwar diutamakan diikuti berita lain dan keempat baru PM. Bila kita hentam PM barulah berita ini berada ditempat pertama.

d) Manakala media antarabangsa yang menyalahkan Mahathir dan cuba menaikkan Anwar, ini adalah kerana Barat hanya mahukan dua corak Islam yang boleh mereka kuasai, iaitu Islam yang berbentuk ilmiah tanpa pelaksanan hukum sperti yang dipelopori IIIT, ICMI dan ABIM. Dan yang kedua bercorak Afghanistan atau ala Taleban kerana peluang bagi Barat untuk mengambarkan betapa buruknya Islam. Dan Anwar adalah paling layak untuk mengekalkan pengaruh Barat dan sesuai dengan kehendak mereka untuk menghadapi 250 juta umat Islam di sebelah sini.

e) Apa yang saya perkatakan bukan kerana Anwar adalah seteru politik terbesar PAS. Kita boleh lihat rekod sejak dia menjadi Menteri Kewangan bagaimana saham diagihkan, projek diberikan, tiada beza dengan Mahathir.

f) Skandal seks Anwar ..... tidak tahu sejauh mana benarnya tuduhan itu tetapi dengar khabar ada percubaan untuk membunuh orang (Azizan) yang menulis surat sumpah yang mengaku melakukan homoseks dengannya tetapi yang menjadi mangsa ialah isterinya, ia seharusnya disiasat, tetapi di sini media akan menutupnya, berbeza dengan di luar negara di mana media mereka akan mendedahkannya. Anwar patut membersihkan skandal seksnya kerana kitapun tidak mahu dia teraniaya. Lebih 6 bulan dia tidak bercakap soal agama, baru sekarang dia hendak khutbah, baginya masyarakat mungkin sudah lupa, tetapi kita pelik mengapa dia tidak membersihkan dirinya setakat ini? Masih banyak tanda soal, orang yang menulis surat itu berada dalam ketakutan dan masih diugut, diancam oleh pihak tertentu. Saya pernah berjumpa dengan orang (Umi Hafilda) yang menulis surat terbuka itu dan dia bukanlah pada peringkat menuduh Anwar melakukan apa-apa tetapi mereka empat keluarga mengakui sungguh-sungguh melihat Anwar masuk ke dalam apartment bersama dengan pasangan tertuduh itu. Pendirian penulis itu tidak berubah dan dia takut untuk bertembung dengan orang dikhuatiri akan disiasat oleh polis Cawangan Khas.

g) Saya berdoa secara peribadi biar Mahathir mengepalai p/raya akan datang kerana kalau Anwar naik jadi PM dia cukup pandai menggunakan agama dan mengambil sentimen orang Melayu berbanding Mahathir .... kita tahu tahap pemikiran orang Melayu setakat mana.

h) Saya tidak nampak jika zaman Anwar (sebagai PM) masalah kekangan demokrasi, kebebasan, ISA dan akta-akta tertentu boleh berubah. Contohnya UIA tempat Anwar berkuasa penuh di mana dia menjadi Presiden dan tempat berkumpul orang-orangnya sehingga menjadi universiti paling corot dalam Asia. Universiti yang hanya untuk meluluskan puak-puak penyokong Anwar supaya ada ijazah, di situ berlaku kongkongan malahan lebih dahsyat berbanding universiti-universi ti lain. Anwar lebih pandai dari Mahathir dari sudut menguasai budaya Melayu.

i) Mahathir dan Anwar kedua-duanya nyata menolak hudud tetapi Mahathir tidak bijak menyusun hujah seperti Anwar yang akan memberi alasan daripada Yusof al-Qardhawi, pandangan ulamak itu ini dan soal prioriti.

j) Imej Anwar diperingkat antarabangsa diakui masih hebat sehingga apabila saya pergi ke Pakistan pemimpin-pemimpin Jamaat Islami begitu menghormati Anwar. Tetapi apabila saya menceritakan ...... daripada 4 jenis judi, Anwar telah menghalalkan menjadi 9 termasuk judi lumba kuda apabila ia menjadi Menteri Kewangan. Daripada 3 tempat judi lumba kuda iaitu Ipoh, Penang dan KL ia telah bertambah ke Sabah sehingga menimbulkan kemarahan ahli-ahli Parlimen di sana dan juga menerima bantahan di Sarawak apabila judi lumba kuda juga hendak diwujudkan di sana. Dan Genting Highlands menjadi pusat judi ketiga besar di dunia di bawah kekuasaan Anwar sebagai Menteri Kewangan. Anwar mempunyai hubungan yang baik dengan taukeh judi Lim Goh Tong di mana sewaktu menjadi Ketua Pemuda UMNO beliau mudah mendapat bantuan dari Yayasan Gerak Bakti kepunyaan taukeh judi ini. Akhirnya ketua Jamaat Islami mengaku selama ini mereka mendapat gambaran salah.

Begitu juga di Afrika Selatan apabila saya membentangkan kertas kerja menceritakan beribu-ribu orang Islam M'sia telah murtad, ada yang mencebik mulut dan tidak percaya, tetapi selepas beberapa lama saya bercakap, mereka berjumpa saya dan ucap tahniah sehingga mereka bertanya apa sebenarnya yang Anwar telah buat untuk membantu Islam? Jadi gambaran media asing terhadap Islam di M'sia berjaya digembar gemburkan, dan jika Anwar menjadi PM, media akan berjaya menyakinkan negara Islam lain bahawa Anwar adalah pemimpin Islam yang unggul.

k) Walaupun pendekatan Anwar lebih me-rakyat sifatnya berbanding dengan Mahathir yang lebih tertumpu membina jutawan segera Melayu, tetapi habuan untuk rakan-rakan dan penyokong-penyokong Anwar serupa saja! Contohnya Muhammad Taib adalah ahli Team Wawasan yang diterajui Anwar dan orang-orang ini terkenal dengan skandal penggadaian tanah. Kes Menteri Belia dan Sukan membabitkan RM 200 juta hasil jualan tanah di Johor masih belum selesai, begitu juga gosip Timbalan Menteri Besar Pahang yang memiliki wang yang banyak. Jadi dari segi kawan-kawannya dalam penimbunan kekayaan tidak nampak penegahan daripada Anwar.

l) PAS lebih selesa jika Mahathir kekal - adalah tajuk kepada sambungan wawancara saudara Lutfi Othman dengan Mohd Sabu seperti yang tersiar di dalam majalah Tamadun Ogos 98 m/s 51. Ini kerana kalau Anwar naik menjadi PM, dia cukup pandai dan licik menggunakan saluran agama dan pandai mengambil sentimen orang Melayu berbanding Mahathir.

iii) Ulasan Lutfi Othman mengenai isu pertembungan Anwar dengan Ghafar Baba di dalam Majalah Dunia Islam Nov 92 m/s 12-18. Dengan tajuknya - "Siapa pengganti Mahathir - Apa lebihnya Anwar? Apa kurangnya Ghafar?". Antara kandungannya :-

a) Dr.M lebih berminat dan menyenangi Anwar menyebabkan orang-orang lama seperti Abdullah Badawi diketepikan dan Sanusi tersekat disebabkan peningkatan Anwar di dalam kabinet terlalu cepat.

b) Krisis di dalam MARA yang dipengerusikan oleh Tamrin Ghafar yang dilihat sebagai campur tangan Anwar yang mana pelurunya ditujukan kepada Ghafar.

c) Kini apabila Anwar diamanahkan sebagai Menteri Kewangan apa dasarnya yang menakutkan orang-orang bukan Islam? Judipun semakin berleluasa.

d) Apakah Islam membenarkan amalan pilih kasih, nepotisme, menyekat peluang orang lain yang dikira tidak secucuk dengannya, mengaku diri sendiri yang hebat dan orang lain semuanya lemah, seperti yang dilakukan oleh Anwar sekarang. Anwar rapat dengan DrM, tetapi apakah Anwar menegur segala salah laku DrM ketika menguruskan kekayaan negara.

e) Islam bukan milik Anwar dan kawan-kawannya bekas ABIM itu sahaja. Bukan kita tidak tahu apa Anwar buat di Universiti Islam, semuanya berpunca dari amalan pilih kasih Anwar. Memang betul kata orang, Anwar suka heboh-hebohkan kerja yang dia buat walaupun kejayaannya tidak seberapa.

iv) Ulasan Lutfi Othman di dalam Majalah Tamadun Ogos 96 m/s 19.

a) Anwar masih budak-budak mentah cepat naik angin dan suka tunjuk perasaan. Silap sikit demonstrasi.

b) Perkara kecil dibesar-besarkan. Penduduk Baling yang mati kerana demam panas dikatakan kebuluran.

c) Bukan Anwar seorang dikurung ISA, Ibrahim Ali pun ditahan sama, bukan sekali tetapi dua.

d) Dr. Syed Husin Ali yang turut ditahan terpaksa merengkok 6 tahun berbanding Anwar cuma 2 tahun.

e) Hishamudin Rais pula terpaksa cabut lari, ia satu contoh pemimpin pelajar yang hanya berani sekerat jalan, takut menanggung risiko.

v) Ulasan Zin Mahmud dalam Majalah Tamadun Mei 97 m/s 14-19, mengenai cara polis menggunakan kekerasan untuk menundukkan para penunujuk perasaan dan menahan 200 orang, yang dianjurkan oleh PAS di hadapan masjid UM, kerana membantah kedatangan pasukan kriket Israel.

a) Saudara Zin mempertikai hujah PM bahawa kehadiran anak muda Israel ke M'sia boleh menyedarkan mereka betapa perlu memberi layanan baik kepada Palestin.

b) Hujah Anwar pula bahawa kehadiran pasukan kriket Israel tak perlu digusarkan kerana ia merupakan soal kesukanan dan tidak ada kaitan politik.

c) ABIM pula berkata demonstrasi tidak perlu kerana ada saluran yang boleh menyampaikan bantahan mereka.

vi) Majalah Tamadun Ogos 97.

a) Ulasan Ustaz Ismail Kamus pada m/s 12 , di bawah tajuk "Anwar Ibrahim Silap? Antara Pendekatan Dakwah dan Menyatakan Hukum". Ustaz mengulas mengenai kenyataan Anwar bahawa pendekatan Islam perlu diambil dengan cara sederhana dan bijaksana (kes JAIS menangkap peserta ratu cantik). Ustaz Ismail Kamus memberi penerangan dan beberapa contoh dan akhirnya membuat kesimpulan "Jadi, tulislah kerajaan cuba hendak 'menghalamkan' (halal tidak, haram pun tidak) kesemua itu (ratu cantik, konsert), bukan cuba hendak mengharamkannya. Biarlah Anwar dengar sikit apa yang saya cakap ini".

b) Ulasan Lutfi Othman pada m/s 83, di bawah tajuk "Dilema Anwar" ekoran isu penangkapan peserta ratu cantik dan kesediaan Anwar bertemu anggota KRU (untuk menenangkan mereka) berhubung konsert KRUMANIA yang diharamkan oleh kerajaan Selangor.

- Ini menyerlahkan dilema Anwar sebagai pengganti Mahathir dalam mengendalikan isu-isu berkaitan moral dan agama.

- Apakah Anwar tidak malu untuk mengakui masih ramai anak-anak gadis Muslim yang jahil tentang kewajipan menutup aurat dan hinanya menayang tubuh tiga suku bogel dihadapan umum hanya untuk menjadi seorang ratu?

- Anwar lebih memikirkan survival politiknya dan mahu dilihat sebagai pemimpin moderat, progresif dan tidak terikat dengan pegangan agama secara melampau.

- Mungkin kerana itu Anwar pernah menyifatkan Salman Rusdie sebagai 'profound writer'.

c) Setiausaha PMUM, Nordi Adie menulis pada m/s 54, di bawah tajuk "Hentikan Konsert Melalaikan". Di dalam mana-mana peradapan di dunia ini budaya konsert tidak menepati ciri-ciri masyarakat madani seperti mana yang dilaung-laungkan oleh DSAI, TPM.

vii) Majalah Tamadun Disember 97, antara kandungannya :-

a) Ulasan Lutfi Othman pada m/s 3, di bawah tajuk "Perlukah DrM Berundur?" ekoran kejatuhan nilai Ringgit dan dalam kegawatan ini media asing galak memberi promosi percuma kepada Anwar dan menyarankan DrM berundur. Jika Anwar mengganti Mahathir, apakah ia mampu menguruskan krisis dan kemelut kewangan walhal prestasi Anwar dibidang ini sentiasa dipertikai? Seperti juga orang Mahathir, mereka yang berada di bawah dagu Anwar, juga dikatakan opurtunis. Tiada idea baru, masing-masing terlalu memikirkan kuasa dan kuasa dan kuasa!

b) pada m/s 31, Ann Wan Seng mengulas mengenai kenyataan Anwar berhubung kenaikkan Tol yang tidak membebankan rakyat agak berbelit-belit dan tidak serius.

viii) Majalah Tamadun January 98, antara kandungannya :-

a) ISA mungkin diketatkan lagi? - Jika Anwar menjadi PM. m/s 6-10

- Lim Guan Eng dakwa sikap Anwar berubah, dulu dia minta ISA dimansuhkan. Sekarang hanya mahu kaji dan kaji. Itu saja.

- Normah Alwi (isteri Mat Sabu yang pernah ditahan ISA)"..... kalau perkara ini berlaku pada Siti Hasmah (isteri PM) dan Wan Azizah (isteri Anwar), apa perasaan mereka? Jika Anwar dilantik PM, akta ini pasti tidak dimansuhkan, malah mungkin lebih teruk lagi".

b) Pengaruh Anwar - Kes pemecatan Ketua Pengarang Berita Harian, A.Nazri Abdullah. Saudara Lutfi mengulas "Apakah pengaruh dan peranan yang dimainkan Anwar menyebabkan Zam yang rapat dengan PM begitu mudah disisihkan, hingga penggantinya, Johan Jaafar yang langsung tidak mempunyai pengalaman kewartawanan akhbar, diusulkan sendiri oleh Anwar? m/s 83.

ix) Dunia Islam Jun 92. Sedutan wawancara dengan Datuk Shahrir Abd Samad m/s 27 mengenai kepimpinan UMNO. Menjawab soalan mengenai banyak kumpulan Islam yang menyokong Anwar sekarang di mana dahulu mereka anti UMNO. Datuk Shahrir berkata " Maknanya, bukan menyokong perjuangan, mereka menyokong individu. Dahulu ABIM kata DEB bertentangan dengan Islam, cakap sahaja banyak. Sekarang diamanahkan memimpin, kita lihatlah. ...."

x) Anwar : Menteri Paling Tidak Berkuasa. Majalah Tamadun April 98 m/s 87. Saudara Lutfi mengulas mengenai ucapan Anwar di Forum Universiti Asia-Eropah yang menolak sebarang kongkongan dan peraturan ketat di universiti. Apakah Anwar faham apa yang diperkatakan, sedangkan apabila ia menjadi Menteri Pendidikkan suasana kampus langsung tiada perubahan. Apakah Anwar boleh digolongkan sebagai 'cakap tak serupa bikin, bikin tak serupa cakap'. Mendengar pidato Anwar sejak menerajui ABIM, Ketua Pemuda UMNO hinggalah setakah lagi untuk menjadi tokoh paling berkuasa di M'sia memang menyeronokkan dan suatu bentuk hiburan. Mungkin Anwar mahu terus popular dengan idealisme pegangannya walaupun terpaksa tidak bercakap benar? .... Adalah lebih baik Anwar mengawal lidahnya daripada mengomel yang bukan-bukan.

xi) Majalah Tamadun Oktober 98 m/s 28-32. Soalan yang diajukan kepada Tan Sri A.Samad Ismail, (iaitu selepas Anwar dipecat dari kerajaan)"Anwar kini sangat marah kepada media arus perdana, bahkan mengancam akan memburu pengarang-pengarang yang terlibat dalam konspirasi menjatuhkannya sehingga ke lubang cacing. Apa pendapat Pak Samad". Jawapan Pak Samad ialah "Anwar selama dia berkuasa dalam kerajaan bersama-sama bertangungjawab mewujudkan budaya yang kini menjadi watak media. Agak saya, Anwar terlanjur membuat ancaman itu". Pada m/s 30 - gambar Pak Samad memeluk Anwar semasa dia melawat Anwar di rumahnya.

Kebanyakkan fakta-fakta di atas saya petik dari Majalah Tamadun. Ini ialah kerana ia diterajui oleh saudara Ahmad Lutfi Othman, seorang yang gigih berusaha, yang mana bahan tulisan dan kritikannya (hanya terhadap pemerintah) terhadap isu-isu semasa dianggap bernas yang menjadi bualan masyarakat dan dihebahkan di dalam internet. Majalah ini juga diberitakan pernah terjual melebihi 100,000 naskah sebulan dan tidak pernah timbul fakta-fakta tersebut dipertikaikan atau dicabar di mahkamah. Sebenarnya banyak lagi isu-isu mengenai Datuk Sri Anwar yang terdapat di dalam majalah-majalah dan buku-buku yang lain terutamanya buku-buku politik, termasuk yang dikarang oleh Datuk Sri Anwar sendiri yang saya tidak petik untuk kali ini.

Sekarang cuba kita lihat dan bandingkan sikap dan pandangan PAS terhadap DSAI selepas ia tersingkir dari parti dan kerajaan :-

i) DSAI dianggap sebagai seorang pejuang Islam yang ingin mengIslamkan UMNO dan kerajaan dari dalam.

Tetapi sebelum ini ia dianggap oleh PAS :-

- cuba 'menghalamkan' ratu cantik yang bepakaian 3/4 bogel

- cuba 'menghalamkan' konsert yang melalaikan dan penuh maksiat

- mengagumi tulisan Salman Rusdie yang jelas menghina Islam dan Nabi Muhammad

- baik dengan taukeh judi dan mendapat pembiayaan mereka semasa menjadi Ketua Pemuda UMNO

- apabila mendapat kuasa sebagai Menteri Kewangan, telah menghalalkan lebih banyak jenis judi,

- menambahkan lagi judi lumba kuda yang sedia ada

- menjadikan Genting Highland tempat judi ke 3 terbesar di dunia

- tindak tanduknya menjadi dilema sebagai pengganti Mahathir didalam menangani isu moral dan agama

- ia pandai memainkan sentimen agama sesuai dengan tahap pemikiran orang Melayu

- maklumat salah menyebabkan masyarakat Islam antarabangsa menganggapnya pemimpin Islam yang unggul

- Mat Sabu terpaksa berjumpa pemimpin Islam luar negara dan menerangkan keburukkan Anwar supaya mereka mengenali siapa sebenarnya Anwar

- disokong oleh Barat kerana cara Islamnya menepati cita rasa Barat untuk menguasai umat Islam sebelah sini

(di dalam ceramah PAS dan tulisan-tulisan di dalam internet, Anwar dianggap sebagai anti ulamak, anti Islam dan murtad kerana menolak hudud)

ii) DSAI seorang yang bersih yang cuba menghalang Mahathir dan kroninya daripada mengaut kekayaan negara untuk diri mereka.

Tetapi sebelum ini ia dianggap oleh PAS :-

- lebih ganas dari Dr.M dalam gejala nepotisme dan kronisme

- ayah dan saudaranya menjadi jutawan dengan mendapat saham dan melalui perniagaan yang diragukan keupayaan mereka

- kawan dan rakannya terkenal dengan skandal pengadaian tanah dan menimbunkan kekayaan

- UIA tercorot di Asia kerana amalan pilih kasihnya dan menjadi tempat kawan-kawannya berlonggok untuk mendapat ijazah

- sebagai Presiden ia mengongkong UIA lebih dahsyat daripada yang berlaku di universiti-universi ti lain

- berwajah Firaun, kerana dasar yang digunakan dalam Belanjawan 1994 yang lebih mementingkan gangster ekonomi

- menguasai media arus perdana dengan pertolongan jutawan Cina untuk mengukuhkan kedudukkannya

- mengamal pilih kasih dan menyekat peluang orang lain yang dikira tidak secucuk dengannya

- silap sikit demonstrasi sehingga budak mati kerana demam panas, dikatakan kebuluran

iii) DSAI telah dianiaya dan dizalimi kerana menentang Mahathir

Tetapi sebelum ini ia dianggap oleh PAS:-

- kesayangan Mahathir sehingga Mahathir sanggup mengenepikan orang-orang lama UMNO untuk menaikkan Anwar

- Mahathir menjadikan Anwar cukup berkuasa apabila melantiknya sebagai Menteri Kewangan disamping TPM

- dapat pengaruhi Mahathir dalam pemecatan Ketua Pengarang BH dan Zam iaitu orang rapat Mahathir dan melantik orangnya Johan Jaafar yang langsung tiada pengalaman kewartawanan

- Anwar dianggap zalim apabila menggunakan media, politik wang dan saham Petronas untuk menjatuhkan Ghafar Baba

- Anwar campur tangan dalam krisis MARA yang diterajui oleh Tamrin, tetapi pelurunya dituju kepada Ghafar Baba

iv) Skandal seks DSAI adalah antara konspirasi konco-konco Mahathir untuk menjatuhkannya

Tetapi sebelum ini PAS menganggap:-

- Mahathir cuba menutup skandal timbalannya walaupun mangsa telah membuat lapuran polis

- dalam siri ceramahnya, PAS mendedahkan skandal ini dan menayangkan salinan surat sumpah orang (Azizan) yang mengaku diliwat oleh Anwar kepada hadirin

- mendedahkan ada cubaan membunuh orang yang mengaku diliwat oleh Anwar, tetapi media tidak mendedahnya

- Mat Sabu yang pernah berjumpa dengan penulis surat terbuka tersebut (Umi Hafilda), mendedahkan mereka empat keluarga mengakui sungguh-sungguh melihat Anwar masuk ke dalam apartment bersama dengan pasangan tertuduh itu, walaupun tidak menuduh Anwar melakukan apa-apa

- mengikut Mat Sabu, penulis surat terbuka mengenai skandal ini berada dalam ketakutan kerana masih diugut, diancam oleh pihak tertentu dan tidak berani bertembung dengan orang kerana dikhuatiri akan disiasat oleh polis Cawangan Khas

- mempertikaikan sikap Anwar yang berdiam diri dan tidak cuba membersihkan namanya

- (ada usaha dari PAS untuk mendedahkan skandal ini kepada umum dengan menerbitkan VCD yang menemubual mereka-mereka yang terlibat dalam salah laku seks Anwar)

iv) DSAI akan diangkat menjadi PM jika pakatan pembangkang yang diterajui PAS menang p/raya.

Tetapi sebelum ini PAS menganggap:-

- keupayaannya untuk mengantikan Mahathir dipertikaikan

- keupayaannya sebagai Menteri Kewangan dipertikaikan

- lebih ganas dari Mahathir dengan tindak tanduknya walaupun belum berkuasa penuh

- takut jika Anwar jadi PM, dan mengharap dan berdoa Mahathir menerajui p/raya bukan Anwar

- PAS lebih selesa jika Mahathir kekal

- ISA, kebebasan dan akta-akta lain mungkin diketatkan lagi jika ia berkuasa penuh

- cakap tak serupa bikin, bikin tak serupa cakap dalam isu Akta Universiti

- cakap berbelit-belit mengenai kanaikkan tol

- budak mentah, cepat naik angin, silap sikit demonstrasi

Apabila Anwar disingkirkan dari parti dan kerajaan, ini bermakna doa PAS sebelum itu telah termakbul dan sebahagian perjuangan PAS telah tercapai, mengapa pula doa dan perjuangan PAS kemudiannya menjadi songsang. PAS bukan sahaja berdoa tetapi berjuang termasuk berdemonstrasi supaya Anwar dapat kembali berkuasa dan seterusnya menjadi Perdana Menteri M'sia. PAS pernah menganggap, Anwar licik menggunakan agama untuk dilihat mempunyai imej yang bersih dan sebagai pemimpin Islam yang unggul, samada di dalam atau luar negara. Apakah perubahan mendadak sokongan PAS terhadap Anwar dalam krisisnya dengan Mahathir menunjukkan PAS juga telah terpedaya dengan imej Anwar ini? Jika PAS tidak terpedaya dan sememangnya Anwar adalah seorang perjuang Islam yang bersih dan unggul yang layak untuk menjadi Perdana Menteri M'sia, ini bermakna tuduhan PAS sebelum ini bahawa Anwar pandai menggunakan agama untuk kepentingannya dan semua tuduhan-tuduhan lain, adalah suatu pembohongan dan fitnah yang besar terhadap Anwar. Samada PAS terpedaya atau tidak, apakah perjuangan seperti ini boleh dianggap sebagai perjuangan Islam? Beginikah yang dikatakan 'Kepimpinan Ulamak'? Inikah sifat 'Ulamak Perwaris Nabi'? Bukankah ianya lebih bersifat kufur, fasik, munafik dan zalim?

6.3 Pertembungan antara PAS, DSAI dan DrM

Cuba pula kita lihat dan bandingkan sikap dan pandangan PAS (dan penyokong DSAI selepas ia disingkirkan) terhadap Dr Mahathir.

Dr Mahathir adalah :-

- MahaFiraun (kerana tindakan Mahathir ke atas Anwar yang dianggap Firaun sebelum ini)

- Mahazalim (kerana tindakan Mahathir ke atas Anwar yang dianggap zalim sebelum ini)

- Shit,PM@P*** MAK (kerana tindakan Mahathir mengemut keluar Anwar dari lobang keramat yang mana Anwar pada satu masa dulu dianggap tiada keupayaan untuk menerajui lobang keramat tersebut)

- Melacurkan media (kerana tindakan Mahathir menggugurkan orang Anwar, yang sebelum ini PAS kecam kerana Anwar melantik mereka termasuk yang tiada pengalaman)

- Anti Islam (kerana menolak Hudud, yang mana sebelum ini Anwar juga dianggap anti Islam kerana menolak Hudud)

- Di label sebagai perompak wang negara, kronisme, nepotisme (sebelum ini menganggap Anwar lebih ganas dalam hal ini)

PAS juga :

- Berdemonstrasi bersama penyokong Anwar (sebelum itu menganggap Anwar budak mentah, silap sikit demonstrasi)

- Bergabung dalam BA untuk jatuhkan Mahathir dan menaikkan Anwar (sebelum itu berdoa supaya Mahathir kekal jadi PM)

- sanggup keluar negara untuk memburukkan Mahathir (sebelum itu keluar negara untuk memburukkan Anwar)

Dari fakta-fakta di atas, PAS seolah-olah tiada prinsip di dalam perjuangannya. Pertembungan dan konflik yang berlaku ini sama dengan apa yang berlaku, apabila Tengku Razaleigh Hamzah tersingkir apabila kalah bertarung dengan Mahathir, dan PAS telah bergabung dengan S46 dan cukup yakin APU akan menang dengan bantuan DAP dalam p/raya 1990 dan Ku Li akan diangkat menjadi Perdana Menteri M'sia ke-5? Dan perkara yang sama berulang apabila Anwar dicerca dan dimusuhi sebegitu rupa oleh PAS semasa ia di dalam kerajaan tetapi orang yang sama dipuji dan disanjung setelah ia tersingkir. Kali ini dalam p/raya 1999, PAS termasuk DAP cukup yakin Barisan Alternatif akan menang dan seterusnya mengangkat Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri M'sia ke-5.

Apakah ini berdasarkan perjuangan yang berlandaskan Al-Quran dan Sunnah atau untuk mendapatkan kuasa dengan cara menggelar, mencerca dan menfitnah seteru politik? Anwar menjadi mangsa apabila ia menjadi cukup berkuasa di dalam kerajaan dan dilihat bakal mengisi kerusi PM, apabila Anwar tersingkir, gelaran, cercaan dan fitnah dilemparkan pula kepada Mahathir, apabila Mahathir berundur mungkinkah perjuangan yang dianggap berlandaskan Al-Quran dan Sunnah ini akan diteruskan dengan segala gelaran, cercaan dan fitnah akan dilemparkan pula kepada penggantinya?

Pertembungan dan konflik yang berlaku di dalam politik orang Melayu khususnya adalah disebabkan oleh sikap dan perbuatan ulamak, pemimpin dan cendekiawan kita sendiri. Mereka yang memilih dan bertangungjawab ke atas apa yang berlaku, yang lebih banyak membawa keburukkan dan kerosakkan bukan sahaja kepada negara tetapi juga pemikiran masyarakat.

SUMBER : shuhmy

No comments: