Wednesday, October 12, 2011

10 sebab kenapa Anwar Ibrahim didapati bersalah


  • Joyah Sport

    Dalam laporan keputusan bertulis Hakim Datuk Ariffin Jaka, yang dikeluarkan pada 30 April 2001, setebal 206 halaman itu, beliau
    memberikan 10 sebab beliau menjatuhkan hukuman penjara sembilan tahun ke atas Anwar dan enam tahun serta sebatan ke atas Sukma.

    Antara sebab mereka didapati bersalah ialah kerana;

    1. Pembelaan alibi kedua-dua tertuduh tidak meliputi keseluruhan Januari hingga Mac 1993 seperti yang dicatatkan dalam tuduhan. Pembelaan alibi mereka hanya meliputi dari 4 Februari hingga ...31 Mac 1993 dan oleh itu, ia gagal.

    2. Pembelaan kedua-dua tertuduh bahawa mereka tidak pernah ke Tivoli Villas pada jam 7.45 malam di antara Januari dan Mac 1993 juga gagal berdasarkan keterangan Azizan yang diterima mahkamah sebagai benar dan boleh dipercayai.

    3. Pembelaan konspirasi untuk mengada-adakan bukti gagal dibuktikan dengan keterangan yang boleh diterima pakai dan meyakinkan.

    4. Pengakuan Sukma Darmawan dibuat secara sukarela.

    5. Kebenaran pengakuan itu (Sukma) berjaya dibuktikan terhadap kedua-dua tertuduh.

    6. Terdapat sokongan keterangan Azizan.

    7. Kewibawaan Azizan diterima mahkamah.

    8. Sukma Darmawan gagal menimbulkan keraguan terhadap kes bersubahat dengan Anwar. Terdapat cukup bukti dia bersubahat dengan Anwar melakukan perbuatan liwat ke atas Azizan.

    9. Keputusan mahkamah bahawa keterangan pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan kes pendakwaan.

    10. Mahkamah juga mendapati pendakwa berjaya membuktikan kesnya mengatasi keraguan munasabah terhadap kedua-dua tertuduh..

    Ariffin berkata, Anwar dan Sukma Darmawan disabitkan kesalahan meliwat Azizan kerana mereka gagal membuktikan pembelaan alibi yang mereka kemukakan kepada mahkamah.
    2 minutes ago · Unlike ·  · Unsubscribe

No comments: