Monday, October 10, 2011

KEFAHAMAN AGAMA MENURUN GRAF KEFAHAMAN AGAMA MENURUN


Azuddin Jud Ismail

Last edited about 6 months ago · Edit Doc · Delete
 BEBERAPA TAHUN KEBELAKANGAN INI GERAF KEFAHAMAN AGAMA DI NEGARA KITA NAMPAKNYA MENURUN. KEFAHAMAN ISLAM YANG SAYA MAKSUDKAN IALAH KEFAHAMAN UMAT ISLAM MALAYSIA TENTANG KONSEP MENYELURUH AGAMA ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP YANG LENGKAP DAN SYUMUL, YANG SERING KITA ISTILAHKAN BAHAWA ISLAM INI IALAH "AL-DEEN". DAN PENGERTIAN I...NI TELAH DIBANGUNKAN SERTA DIKEMBANGKAN DI NEGARA KITA SEHINGGA SAMPAI KE KEMUNCAKNYA.

TETAPI MENJELANG LIMA - ENAM TAHUN KEBELAKANGAN INI, NAMPAKNYA KEMUNCAK KEFAHAMAN ISLAM INI TELAH MULAI MENURUN KEMBALI, IAITU KE ARAH MEMAHAMI ISLAM SEBAGAI SATU RITUAL DAN FARDU AIN SEMATA-MATA YANG TIDAK LAGI DI FAHAMI SECARA MENYELURUH SEBAGAI AMALAN DAN CARA HIDUP YANG MERANGKUMI KEHIDUPAN BERILMU DAN BERAKHLAK MULIA, KEKUATAN UMAT DALAM PELAJARAN, TEKNOLOGI, PERNIAGAAN DAN PERDAGANGAN, POLITIK YANG MATANG DAN SEBAGAINYA.

PADA SATU KETIKA DULU KITA TELAH BERJAYA MENGHAPUSKAN BEBERAPA FATWA KEAGAMAAN YANG DIBUAT DALAM POLITIK, IAITU YANG MELEBALKAN PARTI POLITIK DENGAN AGAMA, ORANG ISLAM YANG MENYOKONG PARTI TERTENTU AKAN MASUK SYURGA, YANG MENGHUBUNGKAN PERJUANGAN POLITIK KEPARTIAN DENGAN PERJUANGAN RASULULLAH, SEOLAH-OLAH PARTI POLITIK ITU ADALAH AGAMA YANG DIWAHYUKAN ALLAH SWT. TETAPI NAMPAKNYA HAL INI MULAI TIMBUL KEMBALI, IAITU KETIKA TERDAPAT RAMAI ORANG YANG TERPENGARUH DENGAN FATWA YANG TIDAK SELARAS DENGAN AGAMA DAN PERJUANGAN RASULULLAH SAW SENDIRI.

OLEH YANG DEMIKIAN, PEMIKIRAN UMAT ISLAM DI MALAYSIA HARUSLAH DIBETULKAN SEMULA, IAITU DENGAN MEMAHAMI BAHAWA TAKSUB KEPARTIAN YANG AMAT PARTISAN ITU SEBENARNYA BUKANLAH SATU SURUHAN AGAMA. PARTI POLITIK ITU BUKANLAH SAMA DENGAN AGAMA ISLAM YANG DIWAHYUKAN ALLAH SWT DAN DISAMPAIKAN OLEH RASUL KITA YANG TERAKHIR, NABI MUHAMMAD SAW. MALAH SEBARANG KETUA PARTI POLITIK YANG MEMPERJUANGKAN POLITIK PARTINYA SECARA TAKSUB DAN PARTISAN ITU TIDAKLAH SAMA DENGAN PERJUANGAN RASULULLAH SAW. 

KITA BOLEHLAH MEMAHAMI BAHAWA PERJUANGAN KITA DALAM MENEGAKKAN AGAMA DENGAN KAEDAH DAN METOD YANG DIJALANKAN OLEH RASULULLAH SAW ITU ADALAH MERUPAKAN AMANAH AGAMA YANG HARUS KITA TERUSKAN, DAN PERJUANGAN INI SEHARUSNYA DIJALANKAN OLEH SEMUA UMAT ISLAM DI PERINGKAT INDIVIDU DAN KELOMPOK, RAKYAT DAN KERAJAAN. OLEH ITU HAL INI TIDAKLAH SEHARUSNYA DIHUBUNGKAN DENGAN MEMONOPOLI PERJUANGAN ITU YANG KONONNYA BERADA PADA SATU PARTI POLITIK YANG TERTENTU SAHAJA, KERANA DI NEGARA KITA INI KITA MELIHAT ORANG ISLAM UMUMNYA MEMAHAMI PERJUANGAN AGAMA ITU DAN TETAP MEYAKINI SERTA MEMELIHARA RUKUN ISLAM, RUKUN IMAN, IBADAT KHUSUS DAN UMUM, DAN LAIN-LAIN LAGI, TIDAK HANYA TERTENTU KEPADA UMAT ISLAM DALAM SATU PARTI POLITIK SAHAJA.

HAL INI PERLU DIFAHAMI KERANA KITA HARUSLAH MEMBEZAKAN DIANTARA AMALAN AGAMA ORANG ISLAM DENGAN ANUTAN IDEOLOGI POLITIK KEPARTIANNYA YANG BERBEZA-BEZA, KERANA SEMUA PENGANUT AGAMA ISLAM YANG MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH, DAN TIDAK MELAKUKAN SESUATU YANG MENJADIKANNYA SYIRIK, MAKA SEMUA MEREKA ADALAH TERMASUK DALAM ANGGOTA DAN MASYARAKAT UMAT ISLAM, YANG BERMAKNA BAHAWA BUKAN ORANG ISLAM DALAM SATU PARTI POLITIK ITU SAHAJA YANG MAHUKAN ISLAM, SEDANGKAN ORANG ISLAM DALAM PARTI POLITIK LAIN ITU TIDAK MAHU ISLAM, SEKULAR, JAHILIAH DAN SEBAGAINYA.

IDEOLOGI POLITIK ADALAH MERUPAKAN ALAT PERJUANGAN MASING-MASING, KALAU MASING-MASING YAKIN DENGAN PERJUANGAN POLITIKNYA MELALUI PARTI POLITIKNYA, YANG TIDAK TERKELUAR DARI PRINSIP UMUM DAN DASAR AGAMA ISLAM, MAKA TIDAKLAH SEHARUSNYA TIMBUL TUDUH MENUDUH BAHAWA ORANG LAIN DALAM PARTI POLITIK YANG LAIN SEBAGAI ORANG YANG TIDAK MAHU ISLAM, ATAU SEKULAR DAN SEBAGAINYA.

HAL INILAH YANG SEHARUSNYA DIFAHAMI OLEH UMAT ISLAM SEMUA, SUPAYA RASA TAKSUB MELAMPAU DAN KEKELIRUAN TENTANG PENGERTIAN AGAMA ATAU AL-DEEN ITU AKAN MEMBAWA KEPADA PERPECAHAN DI KALANGAN UMAT ISLAM, SEHINGGA SEOLAH-OLAH UMAT ISLAM INI MASUK SYURGA ATAU NERAKANYA ADALAH DITENTUKAN OLEH PARTI POLITIK YANG DI SERTAINYA, DAN MENGIKUT PIMPINAN PARTI POLITIK YANG TERTENTU.

KITA HARUSLAH MENINGKATKAN SEMULA KEFAHAMAN AGAMA KITA DALAM BIDANG INI, SUPAYA KEFAHAMAN AGAMA YANG TELAH MEMUNCAK PADA SATU KETIKA DULU SEGERA KITA KEMBALIKAN, KERANA GERAF KEFAHAMAN ITU TELAH MENURUN SEMULA, DAN SEGALA FATWA LAMA YANG DIHUBUNGKAN DENGAN POLITIK KEPARTIAN MULAI KEMBALI SEMULA, SEDANGKAN FATWA-FATWA ITU TELAH DAPAT DIHAPUSKAN PADA SATU KETIKA DULU, MALAH TELAH DIANGGAP SEBAGAI FATWA LAPOK DAN USAANG. 

HARAP UMAT ISLAM KESELURUHANNYA JANGANLAH TERPENGARUH KEMBALI DENGAN FATWA-FATWA POLITIK TERSEBUT, DAN JANGANLAH TERKELIRU LAGI KETIKA FATWA-FATWA POLITIK ITU MULAI DI TIMBULKAN SEMULA PADA MASA KINI, YANG HANYA AKAN MENGAKIBATKAN PERPECAHAN UMAT ISLAM YANG SEDANG MENGHADAPI CABARAN YANG LEBEH BESAR LAGI DALAM DUNIA INI UMUMNYA, MALAH YANG SEDANG BERHADAPAN DENGAN KERISIS GERAKAN ANTARA BANGSA YANG SEDANG MENGINTAI-INTAI PELUANG UNTUK MEMENCILKAN UMAT ISLAM DAN AGAMANYA TERPENCIL KELUAR DARI ARUS PERDANA PEMBANGUNAN AGAMA, EKONOMI DAN POLITIK DUNIA UMUMNYA SEPERTI YANG SEDANG BERLAKU DI BEBERAPA BUAH NEGARA ASIA BARAT DAN AFRIKA UTARA SEKARANG INI.

No comments: