Saturday, October 22, 2011

Anwar dn Zionist (Part 2)

Dwan Junid Rmf

Selepas menyampaikan ucapanya di Asia Society, New York hari ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berucap pula di The Prince Alwaleed Bin Talal Center for Muslim-Christian Understanding, (ACMCU) Universiti Georgetown, Washington DC.

Dari Ogos 2005 hingga Disember 2006 Anwar adalah pensyarah pelawat di ACMCU di mana pengkhususannya tentang politik kontemporari di Asia Tenggara dengan fokus terhadap peranan Islam dalam membentuk evolusi politik di kawasan itu.

Universiti Georgetown adalah sebuah universiti swasta Jesuit, terletak di Georgetown berhampiran dengan Washington, DC dan merupakan universiti Katolik tertua di Amerika Syarikat.

Jesuit adalah singkatan kepada Ahli Persatuan Jesus (The Society of Jesus), ditubuhkan oleh Ignatius Loyola (seorang Kesatria Sepanyol/Spanish knight) sebagai satu ‘pasukan utama tentera-tentera Jesus’.

Menurut laman biblebelievers.org.au, Jesuit adalah ‘Kumpulan Tentera Agama Gereja Roman Katolik’.

Setiap ahli Jesuit diajar;

“Anda telah diajarkan bahawa tugas anda adalah sebagai mata-mata (spy), untuk mengumpulkan semua statistik, fakta dan maklumat dalam kekuasaan anda dari setiap sumber, untuk mengambil hati kepercayaan di dalam lingkaran keluarga Protestan dan bidaah dari setiap kelas dan watak, peniaga, bankir, peguam, antara sekolah dan universiti, di parlimen dan perundangan, dan dewan negara, dan untuk menjadi segalanya kepada semua orang, supaya tunduk kepad Pope, dan mereka menjadi hamba kita sampai mati”

Jadi Siapakah Anwar Ibrahim yang sebenarnya ? jika kita lihat dari sudut membenarkan Kalimah Allah digunakan oleh gereja?

No comments: