Dalam politik ni ada beberapa golongan :
1. Org yg dah join sesuatu parti politik sejak awal penubuhan parti atau pra merdeka,
2. Org yg dah join parti politik pasca merdeka ,
3. Org yg join politik selepas 13 mei ,
4. Org yg join politik sekitar tahun '80 an ,
5. Org yg join politik sekitar '90an ,
6. Org yg join politik era anwar disingkir ,
7. Org yg join politik awal '2K ,
8. Org yg join politik era penubuhan Pakatan Rakyat ,
9. Org yg join politik tika PR menang 5 negeri,
10. Org yg baru nak join sekarang ,
11. Org atas pagar,
12. Org yg opportunis ,
13. Org yg....boleh apa saja.
Diri saya dalam golongan No.3. Golongan didalam No.1 hingga 5 agak kuat pegangan nasionalisnya, patroitismenya, bangsanya, agamanya sebab dia bersama parti yg perjuangkan kemerdekaan negara dan sehingga kini walau apa pun berlaku tetap berpegang pada yg asal demi kepentingan yg digariskan dan dipersetujui bersama lain2 bangsa.
Begitu juga dgn golongan 1 - 5 yg menyokong parti lain yg beridealogi masing2...tetap berpegang pada idealogi asal mereka yg berbeza-beza....begitu lah seterusnya.....asas penubuhan malaysia berteraskan berkongsi kuasa dgn semua kaum dgn kaum melayu dorminan dan raja melayu sebagai payungnya.
Melayu tidak boleh lepaskan kuasa politiknya, melayu mesti sentiasa berkuasa sampai bila2, melayu berhak mendapat keistimewaannya sampai bila2 (sebab ini asasnya negara melayu).
Melayu Golongan 1 hingga 5 memang sentiasa ingat dan berusaha menjaga ini demi masa depan bangsa sendiri, anak2 cucu cicit akan datang. Jika kita berpolitik berteraskan idealogi menjaga bangsa dan agama, pada saya inilah catalystnya untuk
kita sebagai orng melayu islam di negara yg diasakan oleh nenek moyang kita. Jika perjuangan baru sekarang hanya semata-mata nak menjatuhkan orang yg kita tidak suka krane nak mendokong seseorang lain atas sebab sesuatu, percaya atau tidak percaya sesuatu, harga barang naik turun (krane tidak faham law of supply and demand) atau satu pakatan yg baru ditubuhkan yg asas kuatnya bukan dari org melayu/islam demi nak menjatuhkan kerajaan asas kuatnya melayu....maka tepuk lah dada, tanyalah selera....org muda adalah penganti kepada org tua...org muda melayu adalah waris kepada sebuah negara melayu yg kekal sampai bila2.
Yang bersalah kita hukum sebab ade undang2nya...semua kene berteras pada bukti bukan hanya tuduhan2....jika org muda sekarang membawa 'wisdom' yg baik akan semua perkara yg berlaku dalam negara, maka insyaallah bangsa dan agama kita dan perpaduan antara kita dan sesama bangsa lain akan terpelihara dgn baik....wassalam
Wednesday, October 12, 2011
Golongan2 dlm politik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment