Wednesday, October 12, 2011

Penipuan DAP



Md Yusof Abdul Aziz

Selepas Kg Buah Pala sudah lenyap ditelah projek untuk bina rumah mewah ,kini Kg Binjai Bayan Lepas pulak bakal menerima nasib yang sama di bawah pemerintahan Kerajaan regim DAP diketuai Guan Eng !

Kepala ketua regim DAP ini sedang berada di Sarawak sekarang berkempen dan menipu rakyat di sana bahawa negeri P.Pinang ditadbirnya cukup baik dan No 1 dalam segala macam . Malah semua rakyat hidup aman dan menikmati kemakmuran di bawah kerajaan Pakatan . hahaha...

Syok betul Khalifah kesayangan PAS ini membelit rakyat Sarawak di sana yang tidak tahu apa dan mereka tak tahu negeri ini merupakan negeri No 1 terkenal dengan kerja roboh kampung Melayu dan gerai-gerai peniaga Melayu .

Isu di Kg Binjai ini semakin menyulitkan dan merisaukan penduduk kampung di situ apabila didatangi pemaju yang menawarkan dan memujuk penduduk supaya keluar . Mereka menawarkan wang RM 10,000 - 20,000 mengikut keluasan rumah supaya keluar dari kampung itu .

Kalau setakat dapat duit sebanyak nak beli rumah apa kejadahnya ?? Sepatutnya mereka diberi rumah baru bagi menggantikan rumah asal mereka .

Kerajaan negeri DAP yang dikatakan berjiwa rakyat mana pergi ??? sepatutnya merekalah kena bantu desak pemaju cekik darah ini beri rumah kepada penduduk bukannya bagi duit sikit , lepas itu halau mereka keluar.

SUMBER: PEJUANG BANGSA

No comments: