Wednesday, October 12, 2011

Penipuan PR di Selangor




Md Yusof Abdul Aziz

Rumah urut berleluasa – Dasar libreal kerajaan negeri rancakan maksiat

PETALING JAYA – Kemunculan pusat urut di merata kawasan di Selangor terutama sejak dua tahun lalu yang mengeksploitasi ramai wanita warga asing mengundang persoalan mengenai apa yang sedang berlaku di negeri itu yang sudah mencapai status negeri maju.


Jumlah pusat urut begitu banyak sehingga menyebabkan ada pihak berkuasa tempatan (PBT) sendiri tidak tahu jumlah sebenar pusat urut di kawasan masing-masing.
Realitinya hanya tiga PBT iaitu Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Majlis Perbandaran Sepang (MP Sepang) dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) yang sanggup mendedahkan jumlah sebenar rumah urut berlesen di kawasan masing-masing.

Bagaimanapun, ketika diminta mendedahkan jumlah rumah urut haram, pegawai MPSp dan MPAJ enggan memberikan sebarang butiran.
Itu belum dikira lagi pendedahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengenai kewujudan kira-kira 4,000 pusat hiburan di Selangor yang ada di antaranya menawarkan khidmat urut.

Banyak pihak percaya dasar liberal kerajaan negeri dalam pengeluaran lesen pusat urut menjadi punca kegiatan tersebut berleluasa berbanding sebelum ini.

Tinjauan wartawan Kosmo! di beberapa lokasi seperti Kota Damansara, Petaling Jaya, Kajang, Ampang, Selayang, Subang dan Puchong mendapati kelemahan penguatkuasaan sebagai punca utama kewujudan pusat-pusat urut baru.

Jangan terkejut jika ada pusat urut di Selangor ketika ini beroperasi seawal pukul 10 pagi dan masih menerima pelanggan sehingga pukul 12 tengah malam.

Malah tinjauan di Bandar Sunway mendapati terdapat beberapa premis beroperasi sehingga pukul 3 dan 4 pagi sama seperti operasi kelab malam dan karaoke.

Lebih mengejutkan, terdapat juga rumah urut yang beroperasi tanpa papan tanda, malah cara perkhidmatannya tidak ubah seperti rumah pelacuran.

kredit : kosmo.com.my

No comments: