Md Yusof Abdul Aziz
PAS memukul gendang perangnya menentang UMNO dengan senjata ‘orang UMNO kafir’ setelah pendekatan sederhana untuk membela bangsa Melayu diperingkat awal penubuhannya tidak berhasil .
Presiden pertamanya Tuan Haji Ahmad Fuad telah kembali semula ke pangkuan UMNO, setelah menyedari bahawa ada orang tertentu di kalangan mereka yang berusaha menubuhkan parti itu dipengaruhi penjajah British yang mahu menghalang UMNO dari menuntut kemerdekaan Tanah Melayu.
Penjajah British yang memerintah Tanah Melayu pada waktu itu, mahu pentadbiran di London menolak cadangan Tunku Abdul Rahman yang mewakili Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang disokong oleh wakil kaum China (MCA) dan India (MIC) atas nama PERIKATAN sedang berusaha mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu, dengan alasan kononnya UMNO tidak mewakili seluruh penduduk asal Tanah Melayu/ peribumi dengan mengemukakan bukti bahawa PAS juga mendapat sokongan orang Melayu dan tidak mahu menuntut kemerdekaan !
Pilihanraya pertama diputuskan untuk diadakan pada tahun 1959, di mana parti yang menguasai majoriti rakyat negara ini akan membentuk kerajaan. Orang Melayu terutama di Kelantan begitu mudah terpengaruh dengan pendekatan ekstrim PAS yang menentang UMNO yang mengetuai Perikatan

No comments:
Post a Comment