Apakah cara yang paling betul mengikut fahaman Guan Eng untuk memperjuangkan 3R, iaitu race (bangsa), Religion (agama) dan Raja? Dia beranggapan selama ini apa yang dilakukan oleh para pejuang melayu di dalam UMNO hanyalah memperalatkan agama, bangsa dan Raja-raja Melayu. Rupa-rupanya selama lebih 60 tahun bermula dari 1946 pemimpin dan pejuang melayu di dalam UMNO dianggap sebagai bukan rakyat Malaysia yang sebenar kerana selama ini DAP menganggap perjuangan yang dilakukan itu hanyalah perjuangan yang memperalatkan bangsa, agama dan raja.
Jadi bagaimana cara perjuangan yang sepatutnya mengikut pandangan DAP yang dianggap tidak ‘memperalatkan’? Selama ini perjuangan UMNO telah berjaya melindungi kesucian agama Islam dengan mensuratkannya di dalam Per.152 perlembagaan Negara, malah dikunci di bawah bidang kuasa Raja-raja Melayu. Begitu juga dengan soal bahasa Melayu. Ia telah dimartabatkan sebagai bahasa rasmi Negara, walau pun pemimpin Cina DAP dan lain-lain parti perkauman cina termasuk yang berada di dalam BN masih mendaulatkan bahasa Mandarin sebagai bahasa utama mereka.
Lebih jelas lagi, jika tidak kerana perjuangan pemimpin Melayu di dalam UMNO, kuasa Raja-raja Melayu sudah berpindah ke tangan Malayan Union dan hari ini sudah pasti kedudukan raja-raja Nelayu setaraf dengan raja-raja ’marang sekeper’ yang ada di Indonesia.
Ucapan Guan Eng benar-benar telah mencabar maruah dan kedudukan orang Melayu yang telah meletakkan asas kenegaraan ini ditempat yang sewajibnya. Ucapan Guan Eng juga jelas melambangkan bahawa dia sedang memperlekehkan kewibawaan Raja-raja Melayu, seolah-olah Raja-raja Melayu tidak tahu apa-apa tentang negara ini. Seolah-olah Raja-raja Melayu tidak punya akal dan kedaulatan dan hanya menunggu dan duduk disinggahsana untuk diperalatkan oleh pemimpin UMNO.
Sebenarnya Guan Eng dan DAP sedang memulakan konfrontasi secara terbuka dengan institusi Raja-raja Melayu! Jika ada di kalangan orang Melayu dan umat Islam yang sanggup bersetuju pandangan dengan Guan Eng ini, maka sahlah bahawa tidak ada gunanya lagi mereka menjadi orang Melayu yang beragama Islam. Orang Melayu harus memahami apa sebenarnya yang sedang cuba dieksperimentasikan oleh DAP dan Guan Eng. DAP dan Guan Eng sedang melempar ‘tuba’ yang menggunakan packaging ‘gula-gula’ ke kolam tempat Melayu bergantung harap untuk hidup di tanah air ini.
Guan Eng dan DAP berharap supaya orang Melayu akan berebut-berebut menyambar gula-gula palsu yang dilempar ketengah-tengah masyarakat Melayu. Hari ini orang Melayu harus bertanya bagaimana pendirian pemimpin Melayu dalam PKR dan pemimpin Islam Pas terhadap pendirian DAP dan Guan Eng yang telah secara terang-terangan memperlekehkan kewibawaan Raja-raja Melayu yang beranggapan Raja-raja Melayu ini hanya berfungsi sebagai Pak Sanggup kepada pemimpin UMNO!
DAP dan Guan Eng telah meletakkan kedudukan Raja-raja Melayu setaraf dengan Pak Sanggup yang sanggup menjadi cina buta kepada pemimpin UMNO yang konon kerjanya hanya ingin menjual agama, bangsa dan kedaulatan Raja-raja Melayu!! Sungguh kurang ajar LIM Guan ENG. Sungguh biadap sekali DAP. Mereka berani mencabar dan merendah-rendahkan martabat Raja-raja Melayu hingga ke tahap ini
kerana Anwar Ibrahim dan para pemimpin Pas sanggup untuk bersama mereka, merekacipta packaging gula yang berisikan ‘tuba’ untuk dimamah oleh orang Melayu dan seagama dengan mereka. Siapa yang meraikan trajedi 13 Mei? Kenapa begitu takut dengan peristiwa 13 Mei yang dicipta dan dirintis sendiri oleh bapaknya Lim Kit Siang?
By: ApeApe Ajelar
No comments:
Post a Comment