---> isi2 utk debat 'penggunaan nama Allah'
Semata-mata demi mengaut undi kaum Tiong Hua.. Nik Aziz, Khalid Samad dan Hadi Awang telah menggadaikan kemaslahatan generasi ummat Islam...Saya menyokong Hujah Konkrit Yang Mulia Dr. Haron Din yang jelas mengatakan pihak yang menyokong penggunaan Kalimah Allah selain Islam ini boleh jatuh kufur berdasarkan maslahah ummat pada zaman ini...(KLIK)
...
Hadi Awang dalam Ceramah Grand Finale...-->
"BN yang menghalang kebebasan pihak Kristian daripada menggunakan nama Allah di penerbitan Herald Tribune dan juga di gereja-gereja seluruh negara.
Hadi menjelaskan bahawa, Pas tak pernah melarang pihak gereja menggunakan kalimah Allah dan Pas sedia berkerjasama dengan semua agama bagi menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional. Sentimen agama yang dimainkan oleh Hj Hadi ini disambut dengan sorakan kegembiraan masyarakat cina Sibu di ceramah tersebut yang hampir keseluruhannya beragama Kristian."
KESAN PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH DI INDONESIA
Selaras dengan Fasal 3.3 Penubuhan UMNO dan Pelembagaan negara. Saya syor agar kita hormati apa yang telah kita sama-sama sepakati 53 tahun dahulu dan ternyata kita dapat hidup aman damai dan saling menjana kemakmuran dan keharmonian. Dalam kes di Sibu, andai kami tewas sekalipun, kami percaya Kekuasaan Allah adalah penentu segalanya..
Saya perturunkan diatas contoh risalah yang diterbitkan untuk membuktikan betapa penggunaan nama ALLAH yang ternyata disalahgunakan dari kacamata aqidah Islam, dan jelas mengelirukan dan boleh membawa kesan negatif kepada keharmonian dan ketenteraman awam dalam negara kita.
1. Sebenarnya ALLAH telah memberi amaran dan peringatan kepada kita umat Islam tentang dakyah dan konspirasi halus Yahudi & Kristian ini yang tidak akan redho dan setuju dengan kita umat Islam selama-lamanya selagi kita tidak mengikut cara kehidupan dan kemahuan mereka:
Al Baqarah: 120
Sesungguhnya Yahudi dan Kristian tidak akan redho dengan kamu selama-lamanya sehinggalah kamu menurut cara hidup mereka. Katakanlah sesungguhnya petunjuk ALLAH itulah petunjuk yang benar. Dan sesungguhnya jika kamu memilih untuk mengikuti kemahuan Yahudi dan Kristian ini setelah datang kepada kamu ilmu (Al Quran), maka ALLAH tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.
2. Dan ALLAH menceritakan kepada kita tentang kesesatan, kekufuran dan kesyirikan golongan Yahudi & Kristian ini dengan menyalahgunakan nama ALLAH ini:
At Taubah: 30-32
Kaum Yahudi mengatakan , Uzair itu anak ALLAH dan kaum Kristian pula berkata Isa (Jesus) itu anak ALLAH. Demikian itulah ucapan mereka dengan mulut mereka, mereka meniru perkataan orang-orang kafir yang terdahulu. Dilanati ALLAH mereka, bagaimana mereka sampai berpaling.
Mereka (Yahudi & Kristian) menjadikan orang alimnya, dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain ALLAH, dan (juga mereka mempertuhankan) Al Masih Putera Maryam (Jesus); padahal mereka hanya disuruh menyembah ALLAH Tuhan Yang Satu, tidak ada tuhan (yang berhak disembah) selain Dia (ALLAH). Maha suci ALLAH dari apa yang persekutukan.
Mereka mahu memadamkan cahaya (agama) ALLAH dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, dan ALLAH tidak menghendaki selain menyempurnakan cahayaNya, walaupun orang-orang kafir tidak menyukainya.
3. Dan ALLAH menegaskan bahawa apa jua pun, ALLAH telah mengutuskan Rasul dan kitab Al Quran yang benar dan hak, dan akan pasti menang atas segala agama lain, walaupun kafir musyrikin tidak suka dengannya.
At Taubah: 33
Dialah ALLAH yang telah mengutus RasulNya (Muhammad) dengan membawa petunjuk (Al Quran) dan agama yang benar, untuk dimenangkannya atas segala agama, walaupun orang-orang musyrik tidak suka!.
4. Dan ALLAH memberikan penegasan yang muktamad tentang hakikat ketuhanan dan ketauhidan kepada ALLAH ini.
Al Ikhlas: 1-4
Katakanlah, Dialah ALLAH Tuhan Yang Maha Esa (Satu), ALLAH adalah Tuhan yang bergantung kepadaNya segala sesuatu, Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan, dan tidak ada sesuatu pun yang sekufu (setaraf) dengan Dia.
BANTAHAN DR ORG KRISTIAN SENDIRI TERHADAP PENGGUNAAN NAMA ALLAH
Malahan sebenarnya isu penggantian nama God kepada ALLAH ini juga muncul di Eropah Isnin lepas. Seorang tokoh kanan Roman Kristian Katolik di Belanda yang berusia 71 tahun Bishop Tiny Muskens mencadangkan supaya penganut Kristian menggantikan nama God kepada ALLAH, namun cadangan beliau dibantah keras oleh tokoh-tokoh Kristian Euro-Amerika.
Seorang tokoh dan ilmuan Kristian di Amerika, Dr. R. Albert Mohler, Jr., President of The Southern Baptist Theological Seminary, menegaskan bahawa, it is inappropriate for Christians to call God Allah based on irreconcilable theological differences associated with the name Allah and core Christian beliefs.
The key condition behind calling the Christian God Allah is that Allah must refer to the same God as the one in the Bible. However, this requirement presents a huge problem for both Muslims and Christians, contends Mohler.
The theologian pointed out that the Quran explicitly denies that Allah has a son, and Islam considers the idea of a triune God to be blasphemy.
Thus, from its very starting point Islam denies what Christianity takes as its central truth claim the fact that Jesus Christ is the only begotten Son of the Father, wrote Mohler on his web blog Wednesday.
If Allah has no Son by definition, Allah is not the God who revealed himself in the Son. How then can the use of Allah by Christians lead to anything but confusion and worse?.
Berdasarkan itu, saya ingin bertanya kepada segelintir Melayu di Malaysia ini yang beriya-iya sangat menyokong kemahuan segelintir Kristian di Malaysia ini yang mahu menggunakan nama ALLAH dalam bentuk triniti- bahawa ALLAH itu adalah Tuhan Bapak, Tuhan Anak & Roh Suci, apakah kamu bersetuju dan redho dengan kemahuan itu?
Bagaimana kita boleh sampai menjadi golongan yang summum bukmum umyum faahum-buta, pekak dan bisu!! Ingatlah Ar ridho bil kufr..kufr. Mereka yang redho dengan kekufuran itu adalah kafir!! Nauzubillah minzaalik.
Sebab itu saya menyeru kepada diri saya dan seluruh umat Islam yang masih punya walau sekelumit iman, bertaubatlah kita kepada ALLAH dan kembalilah kita kepada petunjuk Al Quran dan Sunnah.
Ingatlah pesanan ALLAH di dalam surah Al Baqarah:2, sesungguhnya Al Quran itu tiada sedikit pun keraguan kepadanya, menjadi petunjuk bagi mereka yang menuju ketaqwaan.
Dan ingatlah pesanan Rasulullah saw dalam khutbatul wida, aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang selagi kamu berpegang kepadanya nescaya kamu tidak akan sesat..iaitu Al Quran dan Sunnahku.
Dan sampaikanlah kepada mereka yang tidak hadir pada hari ini (hari wukuf haji Rasulullah), semoga mereka yang terkemudian yang mendengarnya lebih memahaminya.
Dan pesan saya kepada diri saya dan saudara/i yang se aqidah dengan kalimah Tauhid Laa ila ha illallah, janganlah kita terpedaya dan terpesona dengan mainan hidup didunia ini.
Janganlah kita menjadi saperti kalkatu, yang begitu terpesona dengan keasyikan cahaya pemusnah, dan terus berebut pergi kapadanya walaupun mereka tahu cahaya itu akan memusnahkan mereka.
Janganlah kita menjadi Muslim Al-Kalkatu, sehingga sanggup menjual agama dan Tuhannya sendiri demi mengejar sedikit habuan didunia ini!!
Ya ALLAH, persaksikanlah bahawa aku telah menyampaikan amanat itu. Semoga ALLAH memberikan keampunanNya, dan menganugerahkan petunjuk, taufiq dan hidayahNya, dan memberikan istiqomah dalam perjuangan membela, mempertahan, dan menobatkan syariat dan risalah tauhid ini. Ameen ya robbal alameen.
Wassalam.
NUR FARHANA SYUHADA AB KHALIL.
JELI,KELANTAN
No comments:
Post a Comment