Friday, October 21, 2011

MENGAPA PERSOALKAN MELAYU

 KAPAK TAJAM

DAP telah berjaya memisahkan kaum Cina dari masyarakat yang sekian lama berkompromi dan bertolak ansur serta saling hormat menghormati. Politik DAP hanya tercapai dalam masa terdekat ini hasil dari perpecahan Melayu sendiri. Amatlah malang ...bagi bangsa Melayu yang tidak dapat menentukan hala tuju tanah tumpah darah mereka. Kita lupa bahawa jika hilang Melayu di Malaysia, tokey Cina akan merana. Melayu yang jelasnya sudah kehilangan kuasa Perlembagaan yang diwarisi nya, itu hakikat sebenarnya.See more

Kita ambil kaedah fizik yang mudah, setiap tindakan akan ada tindakbalas. Itu pada sains fizik nya.... jadi kerajaan patut menumpukan hanya kepada menaiktarafkan bangsa Melayu kerana bangsa Cina sudah jelas memilih hala tuju mereka.... mere...ka secara tak langsung menggayakan politik elit, ekonomi ditangan mereka, kepercayaan dari sebahagian Melayu telah dapat di perolehi malah demand mereka sering diberi perhatian....... kita seharusnya mengambil langkah menumpu kuasa politik Melayu bagi mengimbangi politik elit DAP ini.... mereka jelas mengepalai dalam pakatan politik memecah belah Melayu .See more

Kapak Tajam Pernah kah Melayu membantah sekolah vernakular yang dipelopori oleh DAP??? Kenapa tidak kita membantah wal hal itu jelas melanggar Perlembagaan negara malah kenapa nak diasingkan sistem pembelajaran? Kenapa tidak dikongsi sama dengan bangsa bangsa lain dinegara? Apakah Satu sekolah Satu Bahasa tidak bermakna kepada DAP? Kenapa hendak mengasingkan anak anak cina dari bangsa bangsa lain? Dan itu kita harus akur jugak?

Kenapa perlu kita persoalkan Melayu yang kaya sedangkan berpuluh kaum Cina yang dalam 100 orang paling kaya dalam negara? Apakah kita tidak patut membantah kerana tidak ada kesamarataan dalam pembahagian pegangan ekonomi? Jangan lah bagi al...asan yang kerajaan yang menjadikan Cina kaya, paling tidak ada jugak kesan positif dari usaha kerajaan namun kenapa Melayu sendiri, dalam skop yang kecil tidak akan membeli barang dikedai Melayu walaupun mahal hanya 20 sen dari kedai Cina? Tidak kah terfikir andaia senang pekedai Melayu itu akan bertambah lah kutipan zakat dan akan terbela lah Melayu yang susah. Bukan kah ini pengorbanan dalam konteks agama?

Cina tidak perlu memberontak, mereka hanya perlu mengutarakan isu isu yang kononnya untuk keadilan namun sejarah imigrasi mereka didunia jelas menunjukkan rata rata dunia tidak menerima mereka namun kita bangsa Melayu dengan tangan terbuka ...menawarkan lebih dari yang patut.... kita bukan menuntut lebih dari yang termaktub... kita hanya mahu yang telah dijanjikan bersama. Adakah rasis jika kita memperingati hak kita yang tertulis dan dipersetujui bersama. Jika itu dipanggil rasis, istilahkan kepada saya apa pulak nak dipanggil politik DAP.See more

Kita akui bangsa Melayu bukan lah satu bangsa yang pandai berniaga namun apakah salah nya jika kita mahu seperti mana yang diperuntukkan? Adakah rasis jika kita bersikap demikian? Jika kita dgn jelas kurang berupaya hendak bersaing dgn mere...ka, bukankah adil namanya jika bangsa yang lemah dalam sektor perniagaan ini diberi sedikit kelebihan. Dalam memperolehi sedikit kelebihan bangsa Melayu masih jauh dibelakang dan jika ada bangsa Melayu yg berjaya, DAP akan meniup laungan rasuah dan disambut ramai oleh Melayu lain. Apakah kita lupa bahawa perniagaan haram dikuasai oleh kaum Cina yang 'lari' dari membayar cukai????.... mana keadilan disini jika kesaksamaan yang dijadikan laungan.

Kita sering dilemahkan oleh bangsa lain kononya bangsa Melayu ini bangsa yg kuat rasuah?????? Apakah semua sedah lupa bahawa kaum Cina ialah yang terbesar mempraktik rasuah . Bila SPRM menangkap ahli poitik rasuah dan mahkamah menghukum nya... Melayu lain sorak rasuah..... apakah tindakan Melayu ini bila kaum Cina mempelopori dan menguasai perniagaan vcd haram serta judi haram tak berlesen? Kenapa hanya Melayu yang dipertikaikan akhlak nya, apakah agama kaum Cina menggalakkan judi, kerja haram, lari dari cukai, menipu serta meneleweng? Jika itulah hakikatnya maka tidak salah jika kita mengharamkan agama lain.

 Ketika anak Melayu dibantu kerajaan ada Melayu yang memperlekehkan tindakan ini. Apakah salah menjulang atau memberi peluang kepada anak Melayu untuk berjaya? adakah semua hendak berfikiran bahwa anak Melayu hanya patut jadi ustat atau tok imam manakala anak cina layak jadi golongan professional? Salahkah jika anak Melayu diberi peluang?

Kapak Tajam tidak payah mengkaji sejarah asal usul Melayu kerana tiada satu negara pun yang membantah tentang asal usul rakyat Amerika atau Australia. Itu alasan murahan yang direkacipta oleh DAP dan disambut dengan laungan kuat oleh melayu lain. Salahkah jika kita mengatakan ini tanah tumpah negara kita? Krnapa Melayu sendiri hendak mempertikaikan nya.?


 Apakah sudah lupa bahwa betapa DEB telah membantu anak Melayu berjaya dalam bidang pengajian. Jangan ingat bahwa jika anak Melayu dapat masuk pengajian tinggi adalah kerana mereka pandai, mereka hanya lah memenuhi kouta yang diadakan dalam DEB. Apakah sudah lupa Melayu lain yang memasuki sekolah dgn bantuan buku serta bantuan biasiswa?
about an hour ago · LikeUnlike ·  1 personLoading...

kita bangsa Melayu bukan mintak lebih atau mahu menjadi 'Tuan' di tanah air kita tetapi kita hanya mahu mempertahankan hak kita. Kenapa kita tidak mempersoal semasa DAP mempersoal hak agama lain? Kemana hak kita dan jika kita bersuara maka ...Melayu dilabel rasis?...Adakah kita bersuara mahukan lebih dari yang termaktub? Kenapa tiada yang membantah Bar council ketika mempersoal kedudukan agama Islam/ Kenapa Melayu lain diam ketika Bar council mempelopori gerakan mengecilkan kedudukan agama Islam? Apakah perjuangan membela gama dalam konteks ini dikatakan kurang Islamik?

sikap patriotik dan politik move along hand in hand..... kenapakah ketika anak Cina bermain badminton, kebanyakan yang turun menyokong ialah bangsa Melayu? Kenapakah ketika anak anak Melayu bermain bola untuk negara, kebanyakan yang menonto...n ialah kaum Melayu? Apakah kaum lain tiada rasa patriotik terhadap negara langsung? Mana pergi patriotik bangsa lain ketika nama negara sedang dijulang bermati-matian? Inilah sikap the non-Melayu, perkataan patriotism tiada dalam kamus mereka. Yang ada hanyalah ekonomi,, dan anak Melayu jugak yang mengharumkan nama negara dan meletakkan negara dipeta dunia sementara kaum lain mengaut keuntungan. Apakah patut kita berterima kasih dgn warga yang tiada perasaan langsung terhadap cintakan negara?See more
about an hour ago · LikeUnlike

Malaysian Malaysia........ satu propaganda yang mengenepikan hak Melayu dan kedudukan agama dalam Perlembagaan. Kenapa DAP tidak bertanding di kawasan Melayu jika mereka benar benar Malaysian Malaysia....... mereka tahu bahawa Melayu tahu h...asrat sebenar namun Melayu masih terjerumus dalam perangkap Malaysian Malaysia. Adakah tidak patut dihormati suara Melayu yang memilih corak pemerintahan yang mereka mahu? Kenapa hendak dipersoalkan soal Perlembagaan jika mereka belum tentu mendapat lebih baik dari yang diberikan oleh bangsa Melayu yang murah hati. Kita sering tertipu disegenap penjuru kerana kita mudah termakan umpan, sejarah telah memberitahu kita siapakah sebenarnya 'yellow skin' ini.

 apakah kita, bangsa Melayu pribumi sini tidak belajar dari PRN Sarawak betapa pribumi bersatu dalam mengenepikan politik perkauman DAP. Kenapa pribumi Sarawak begitu sensitif dengan pergerakan DAP disana. Yang jelas mereka, pribumi Sarawak lebih bijak dari yang disangkakan. Mereka tidak mudah terpengaruh dengan politik perkauman yang dibawa oleh DAP. Kerajaan baru Sarawak patut beri tumpuan kepada yang memilih mereka dan ketepikan yang mempercayai janji DAP. Jika didunia bersikap sedemikian maka tidak salah jika kita dahulukan yang memilih kita.

 Kita sering ditegur tidak usah bercakap hal sejarah tetapi mereka, kaum pendatang lupa bahawa sejarah lah yang telah memberi mereka kehidupan baru di dunia baru, di Tanah Melayu. Apakah negeri China memberi kesenangan dan kemudahan kepada moyang pendatang yang membuatkan mereka membuat imigrasi ke tempat negara lain. Jika negara sendiri pun tidak mahukan mereka dgn menidakkan hak mereka, apakah bangsa Melayu perlu akur dengan tindakan serta penindasan sosio-politik DAP hari ini, melaung politik perkauman. Kita bangsa Melayu adalah bangsa yang cukup berhemah, sopan santun serta bertolak ansur kerana nilai nilai agama Islam tertanam dalam budaya hidup kita tetapi politik perkauman DAP jelas mengambil kesempatan bangsa Melayu berkompromi. Kenapa mereka, DAP begitu benci dengan Tun Mahathir? Kerana Tun ialah pejuang bangsa yang susah hendak DAP ratah...... lihatlah sejarah DAP selama Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri.

 Tidakkah ramai sedari bahawa musuh agama sebenar ialah Bar Council? Tidakkah terfikir kenapa mereka begitu beriya-iya mahukan kesamarataan dalam soal agama? Apakah agama lain ditindas atau dihadkan pergerakan dakwah mereka? Ketika kekalutan politik negara berlaku maka masuklah jarum DAP contohnya DAP, diwakili oleh Karpal bersedia menjadi peguambela secara percuma dalam kes murtad di Perak. Kenapa memilih isu agama Islam sedangkan dalam Perlembagaan jelas memperihalkan kedudukan kes ini? Kenapa hendak mencampuri hal ehwal agama Islam sedangkan Krpal sendiri bukanlah penganut agama yg berdisiplin. Tidakkah dia telah mencabuli hal ehwal agama Islam. Kenapa sikap Karpal tidak ditentang? Kenapa Melayu memberi ruang kepada Karpal dgn mempersoal hal yang tidak membantu menegakkan kedudukan agama disisi Perlembagaan.

 Mungkin ramai yang tidak mahu bercerita berlatar belakangkan sejarah namun ketika negara China menakluk Turkestan serta Tibet, bahasa mandarin telah diwajibkan sebagai bahasa rasmi dan sekolah pula tiada SJK Uighur atau SJK Tibet. Malah Uighur yang beragama Islam ditindas dan ditekan, apakah begitu yang hendak DAP lakukan kepada bangsa Melayu? Menawan negara dalam segala segi dengan mengamal berpolitik perkauman dan memerintah mengikut acuan politik mereka dikemudian hari? Kenapa tiada seorang pun yang menyoal akan betapa lamanya Lim Kit Siang berpolitik dan nepotisme oleh Kit Siang dan Karpal? Sebagaimana yang dilakukan oleh mentor Kit siang Lee Kuan Yew, kenapa pulak Tun Mahathir dipersoalkan lamanya beliau sebagai Perdana Menteri? Jelas mereka perlu mengenepikan Tun bagi memperjuangkan politik perkauman mereka kerana kaum Cina lebih mempercayai Tun dari Kit Siang ketika Tun sebagai PM.

PERSOALAN...... apakah bangsa Melayu akan dilabel rasis jika memperjuangkan Satu Sekolah Satu Bahasa dan Kempen Membeli Di Kedai Melayu????? Tidak diragui lagi Melayu akan dilabel rasis........ Melayu bersikap perkauman!!!!!... Apakah anak Melayu hanya layak di Pengajian Tinggi tajaan kerajaan? Kenapa kolej kolej persendirian tumbuh becambah hari ini? Untuk pasaran mana? Tidakakah jelas bahawa anak Melayu sedang diberi peluang diperingkat pengajian tinggi kerana mereka tak mampu untuk ke kolej persendirian. Yang jelasnya ialah kebanyakan Melayu adalah diluar bandar!!!!! Mana mungkin anak petani mampu memasuki kolej persendirian yang yuran semesternya lebih dari pendapatan setahun bagi petani atau nelayan kecil. Adakah ini kesamarataan yang dimaksudkan.?....

No comments: