Wednesday, October 12, 2011

PRN Sarawak. Nota ringkas sebagai panduan jika hendak berdebat atau berbincang tentang PRN Sarawak.




  • Ib Nawawi

    Fakta Kerusi DUN:
    1. Daripada 71 kerusi DUN, BN ada 62 kerusi, DAP ada 6, Barisan Bersatu Sarawak (BBN) - 2 (SNAP 1, PKR 1), Bebas -1, PAS - ilek.
    2. BN diwakili 4 parti komponen - PBB (35), SUPP (11), PRS (9), SPDP (8)
    3. MCA, MIC, Gerakan dan UMNO tidak meletak calon di Sarawak. (Jadi, jangan bullshit UMNO rampas hasil negeri Sarawak. Ia tak beri anda apa-apa faedah melainkan menunjukkan kebodohan anda).
    4. Sehingga DUN dibubarkan untuk PRN ini, secara rasminya Pakatan Rakyat tidak wujud di Sarawak. (Rujuk 1 di atas) Yang ada hanya gabungan SNAP dan PKR yang masing-masing hanya menang 1 kerusi.
    5. SNAP sebelum 2006 adalah parti komponen BN.
    6. PRS dan SPDP hanya menyertai BN selepas 2006.
    7. Agihan kerusi (pencalonan) BN adalah berdasarkan muafakat BN Sarawak dan dipersetujui tanpa campurtangan oleh BN Pusat.
    8. Tiada muafakat dalam pembahagian kerusi parti-parti pembangkang, melainkan hanya persefahaman yang mereka kononnya menentang BN sebagai satu pasukan.
    9. Daripada 9 kerusi pembangkang, 1 Bebas (tempatan), 1 SNAP (parti tempatan), selebihnya DAP (6) dan PKR (1) - kedua-duanya parti yang diasaskan di Semenanjung Tanah Melayu.
    10. Semua kerusi BN (62) adalah wakil parti-parti tempatan (rujuk 1 di atas), jadi cuba rasionalkan point 9 dan point 10, untuk mengenali sentimen dan kehendak rakyat negeri Sarawak.
    11. PAS langsung tak relevan di Sarawak.

    Harap rujuk kepada nota di atas jika perlu. Fakta bercanggah hanya menunjukkan kebodohan. Terima kasih.
    26 minutes ago · Unlike ·  · Subscribe

No comments: