Friday, October 7, 2011

Isu ketuanan Melayu- TM


Isu ketuanan Melayu- TMrezza

Last edited about 7 months ago · Edit Doc · Delete
sebenarnya..apa bila kita mempertikakn ketuanan melayu maka kita telah menghina perlembagan persekutuan dan majlis raja raja...simbolik drpd kat wan azizah yg mahu hapuskan ketuanan melayu boleh dibaca sbg mempertikaikan majlis raja raja melayu...kerana yg menjaga dan berkuasa keatas kepentingan bangsa melayu itu adalah majlis raja raja melayu....

....maksud kita adalah sesiapa saja rakyat malaysia ..samaada pro kerajaan ataupun pembangkang..klaus 152 dan 153 itu juga ada kaitan dgn klaus lain yg berkaitan kuasa raja melayu dan majlis raja melayu..

…sebenarnya kita x perlu mempertahankan ketuanan melayu...kita perlu mencabar mana mana pihak yg mempertikaikannya...mereka yg berkata spt wan azizah tu sepaptutnya boleh dikaitkan dgn undang x2..kerana penyataan sebegitu mempunyai implikasi undang x2...

Ini sebenarnya perancangan teliti Anwar . apabila dia dah lama memberikan bayangan bahawa akan ada 2 TPM kemudian, pada ketika itu, dan pada kali ini dia dah menjanjikan jawatan TPM kepada DAP .

lihat di png tu...program berkaitan sunyat seng dan gerakan juga ad menyumbang..adakah kita tahu bahwa sun yat seng tu adalah pejuang republikan ? adakah kita sedar bahwa dap png telah memberi signal simbolik kearah kuasa autonomy p pinang dan menrepublikan negara kita ?

itu sebab..sya agak terkilan dgn sumbangan gerakan kpd yayasan sun yat sen tu..amat simbolik isu itu...cuma rakyat kita dan pemimpin kita seolah mcm buat x nampak ataupun x sensitif mengenainya...sun yat sen adalah bapa pejuang revolusion republikan...amat bahaya dan kurang sihat elemen spt ni mula berakar ditanah air kita...

bayangkan jika umno pula menyumbang kpd mana mana yayasan yg berpaksikan facism...apakah dap dan bangsa bukan melayu akan buat ? kita baru ckp pasal islamik pun dah mereka kecoh kelam kabut...
6 hours ago · LikeUnlike
kita cuma mengharap agar sejarah buruk dari revolusi xinhai takkan dibawa masuk kedalam politik Malaysia .

mereka mahu 'mennormalkan' situasai ini dan manjdikan 1 perkara yg x snsitif..generasi muda x fahmkan kepentingan tanah air dan kedaulatannya kerana faktor ini x mendatangkan apa apa faedah material kpd mereka...

kerana genarasi skrg di sogokkan dgn vandlism...matrealistik bkn material..yg brpangkat lansung tak pandang prjuangan...kemewahan di kecapi...pandang UMNO hanya sebelah mata sahaja...masuk UMNO nak cari harta ...

sebab itu , kita dengan kaedah kita , Kita hanya mahukan mereka menerangkan impak dari revolusi Xinhai . kalau tidak , kita terpaksa membuka sejarah gelap mereka
perlu diperjelaskan kerana mmg ramai yg tak paham pasal ketuanan melayu, it is actually different from their understanding which is rooted on medieval europe-->lord and servant

konsep 'raja' dlm konteks malaysia adalah sbgai pelindung kpd ra...kyatnya, dan bukannya sbgai tuan.. itu yg org tidak faham, pd mereka raja hanya makan gaji buta

orang yg tak tahu impak akan revolusi Xinhai....tak yah nak buka sejarah gelap....kalau dia buat silap masukkan ajer bilik gelap...

kebanyakan rakyat tidak tahu atau pura-pura tidak tahu bahawa bkan semua perkara boleh dilakukan olen raja, tetapi mereka perlu beringat bahawa titah raja adalah perintah, dan jika ingkar boleh dikatakan sebagai menderhaka...walaubagaimana pun, raja-raja pada waktu ini lwebih bersikap toleransi kerana masih boleh 'memaafkan' tindakan segelintir ahli politik yang terang-terangan 'derhaka' dengan titah para baginda


KETUANAN MELAYU YG SBEENARNYA DIPERLEKEHKAN PR ADALAH MAJLIS RAJA RAJA ,KERANA MAJLIS RAJA RAJA LAH YG BERKUASA PENUH KEATAS SEMUA KEPENTINGAN BANGSA MELAYU !!!!

2/3 ATAUPUN KEMENANGAN MUTLAK MANA MANA PIHAK DIPARLIMEN PUN X KAN DPT MENGUBAH... APA JUA BERKAITAN KETUANAN DAN KEDAULATAN MELAYU !!

KETUANAN MELAYU ADALAH KEDAULATAN BANGSA MELAYU DAN TANAH AIRNYA SERTA AGAMANYA !!!!

SESIAPA SAJA HARUS AMAT BERHATI-HATI DLM MEMBUAT SEBARANG KENYATAAN BERKAITAN KETUANAN MELAYU !! PERLEMBAGAAN PERSEKETUAN HARUS DAN WAJAR DIRUJUK DAN DIFAHAMI SEMUA !!

KETUANAN DAN KEDAULATAN BANGSA MELAYU MELAMPAUI APA JUA PERMAINAN POLITIK !~!!

Setiap individu yang lahir di Negara ini perlu memahami bahawa Malaysia sebuah Negara Islam yang memberi hak dan kedudukan kepada pelbagai kaum tanpa mengorbankan kedaulatan dan hak warisan yang diwartakan untuk orang Melayu yang telah dipersetujui semua pemimpin kaum semasa Tanah Melayu diserahkan oleh British kepada kepimpinan tempatan.

            Sehubungan itu, setiap warga Negara ini perlu mengenali sejarah dan keturunan mereka dan menyedari sejauh manakah mereka perlu bersuara dan bertindak demi memenuhi hasrat dan bisikan hati mereka.

Hak-hak orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan iaitu hak-hak keistimewaan orang Melayu, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, Islam sebagai agama Persekutuan dan kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan sebenarnya telah terkunci kemas dan tidak boleh dipertikaikan lagi.

            Perlu juga diingat, ia tidak boleh dipinda dengan sewenang-wenangnya tanpa persetujuan daripada Sembilan Raja-Raja Melayu Persekutuan. Maka janganlah mereka ini memperdagangkan asas-asas Perlembagaan demi kepentingan kaum dan kuasa masing-masing.

            Hak-hak orang Melayu ini wajar dipertahankan tanpa diganggu gugat dan ia kekal menjadi milik hakiki orang Melayu untuk selamanya. Roh perjuangan inilah yang perlu disemat dalam dada setiap orang Melayu yang sayangkan agama dan bangsa mereka dari lenyap begitu sahaja.

            Mengapakah ada orang Melayu sendiri yang meremehkan dan bersikap pasif untuk perjuangan yang murni ini?

            Mereka ini telah berada di zon selesa yang hidup senang dan tidak perlu bersusah payah lagi untuk memikirkan agama dan bangsanya. Menganggap ia bukan tugas mereka, sebaliknya tugas orang lain. Mereka ini lebih mementingkan dan menjaga periuk nasi sendiri dan tidak peduli apa akan terjadi kepada agama dan bangsanya, walaupun telah dicabar dengan hebat sekali.

            Setiap orang Melayu wajar mempunyai roh dan semangat perjuangan kental seperti semangat orang Melayu menuntut kemerdekaan Tanah Melayu dari penjajah British dahulu yang berlandaskan semangat perjuangan menuntut apa yang belum dapat dan semangat perjuangan mengekalkan apa yang telah dapat.

            Ingatlah, apabila kita lupa dan alpa kepada asas-asas perjuangan, maka sebenarnya kita merintis jalan kearah merungkai teras kewujudan kita sebagai bangsa yang berdaulat dan dominan di tanah airnya sendiri. Yakinlah, apabila muncul yang hak, maka lenyaplah yang batil. Jangan kita jadikan hidup yang selesa kini melalaikan dan melemahkan asas-asas perjuangan terhadap agama dan bangsa kita.

            Orang Melayu yang bertopengkan politik dan agama untuk mengejar kuasa dan kedudukan semata-mata perlu insaf dan bermuhasabah diri. Jangan korbankan maruah agama dan hak-hak bangsa Melayu yang menjadi warisan anak cucu kita.

            Jangan biarkan diri ditunggangi oleh mereka yang ada agenda tersembunyi yang bermatlamat untuk meminggirkan orang Melayu di buminya sendiri. Jangan jadikan cita-cita untuk menawan Putrajaya yang belum tentu kepastiannya, merobek maruah dan kedaulatan agama dan bangsanya sendiri!

            Setiap orang Melayu kembalilah ke pangkal jalan. Mereka mempunyai tugas dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan, pertahankan apa yang dimiliki kini agar kekal selamanya. Renunglah nasib bangsa Melayu di Singapura yang maruah dan kedaulatannya kini tinggal nostalgia sahaja. Fikirkanlah nasib orang Melayu yang semakin terhimpit di Pulau Pinang.

            Semua orang Melayu yang cintakan agama dan bangsanya wajar renung, fikir dan bermuhasabah diri dengan peristiwa-peristiwa yang menimpa orang Melayu dahulu dan kini untuk dijadikan pengajaran berguna terutamanya peristiwa hilangnya kuasa dan maruah Melayu di Singapura.

            Sejarah mungkin berulang! Ingatlah bersatu kita teguh,

No comments: