Thursday, February 24, 2011

minyak libya

minyak libya


Mohamad Yusof Abdul Aziz
2% daripada pengeluaran minyak dunia akan terhenti langsung sekiranya tunjuk perasaan dan kekacauan di Libya gagal disekat oleh Muammar Ghadaffi. 1.6 juta tong minyak berkualiti tinggi Libya yang menjadi rebutan dan sangat diidam-idamkan oleh negara adikuasa tidak akan dikeluarkan atau dipasarkan. Tindakan agresif yang diambil oleh Muammar Ghadaffi pastinya akan mengundang kedatangan bala tentera dan penjajah ke Libya atas nama pembebasan rakyat Libya daripada diktator seperti yang berlaku di Iraq, Afghanistan dan beberapa buah negara lain.

Sekaligus akan memberi impak yang sangat besar kepada pasaran minyak dunia. Harga minyak dunia sekarang ini sedang berlegar-legar di sekitar RM315 satu tong. Ditambah dengan kekacauan di beberapa buah negara Arab dan negara pengeluar minyak utama yang lain, harga minyak di pasaran bila-bila masa sahaja akan mencecah harga tertinggi sepanjang alaf.

Sudah bersediakah rakyat Malaysia untuk menerima kenaikan harga minyak di pasaran tempatan atau masih lagi beranggapan ianya hanyalah saah satu unsur politik yang boleh digunakan untuk kempen mendapatkan kuasa di Putrajaya?

No comments: