Tuesday, July 12, 2011

Kenapa Doa PAS tak pernah terkabul…

Kenapa Doa PAS tak pernah terkabul…

  Hari ni Spy nak tulis satu artikel yang paling sopan. So.., untuk artikel ni, Spy tak nak maki hamun sebab tujuan Spy ni nak bagi sikit kesedaran kepada sahabat-sahabat Spy dalam PAS.

Ok.., selama ni seluruh penganut PAS selalu buat sembahyang hajat dan berdoa supaya Tuhan bagi pemimpin dorang kemenangan didalam perjuangan untuk jadi pentadbir negara.

Lepas tu bila kalah, Spy yakin puak-puak tu persoalkan kenapa doa-doa dorang tidak dimakbulkan. Jangan tipulah kalau dorang redho baii.. Baru-baru ni dorang hentam Hadi Awang gila-gila tu sebab apa? Bukan sebab PAS selalu kalah di PRK ke?

Inilah yang lawaknya, dorang jarang sekali nak bermuhasabah diri mencari sebab musabab mengapakah doa dorang tak dimakbulkan Tuhan.

Meh sini Spy nak bagi jawapan kepada soalan kenapa doa pemimpin serta pengikut PAS tak diperkenankan oleh Tuhan…

1. Pengikut-pengikut PAS sekalian bukannya tak tahu apa yang Tuhan suruh dan larang, tetapi dorang belum tunaikan hak-hakNya. Hak apa? Tuhan kan kata semua muslim itu bersaudara, tapi PAS kata hanya dorang saja yang Islam…, yang lain tu agama palsu..

2. Pemimpin-pemimpin PAS sekalian tak pernah lupa untuk baca ayat Quran serta terjemahan dalam majlis atau ceramah dorang, tapi pemimpin PAS lupa nak melaksanakan isinya.

3. Pengikut PAS dan pemimpin dorang telah mengakui Syaitan laknatullah sebagai musuh, tapi dorang masih mentaatinya dan bersetuju dengan ajakkannya untuk bermusuh sesama Islam. Jangan lupa Nik Aziz pun pernah kata sanggup berkawan dengan syaitan ye…

4. Pemimpin PAS terutama Nik Aziz serta pengikutnya sekalian mengaku dorang termasuk dalam umat Nabi Muhammad S.A.W, tapi dorang double standart didalam mengerjakan sunnah-sunnah Nabi dan memusuhi pulak muslimin yang lain. Nabi tak suruh tu baii..

5. PAS selalu dakwa parti dan pemimpin dorang akan bawa jemaahnya masuk Syurga, tapi dorang tak pernah mengerjakan apa-apa untuk kepentingan Syurga.

6. PAS dakwa pengikut dorang selamat dari siksaan api Neraka, tapi segala tindakan pemimpin PAS dan pengikut dorang nampak sangat menuju kearah sengaja nak melemparkan diri kedalam api Neraka. Tak ke cari nahas tu..?

7. Pemimpin PAS dan pengikut dorang tahu bahawa mati itu pasti, tapi dorang berpolitik macam tidak akan mati serta tak pernah bersiap untuk menghadapi mati.

8. Pemimpin PAS sekalian sibuk meneliti aib atau cela pemimpin kerajaan, tapi dorang tak melihat aib diri sendiri. Apa yang dorang buat semuanya betul dan halal.., orang lain yang bukan dikalangan PAS semuanya tak betul dan Harammm…

9. PAS dan sekalian pengikutnya telah makan dan merasakan nikmat Tuhan melalui pentadbiran pemimpin Islam lain dalam kerajaan, tapi dorang masih belum bersyukur dan berterima kasih atas kurniaan tersebut malah dorang maki hamun pulak pemimpin kerajaan yang diberi amanah oleh Tuhan.

10. Dah berapa ramai pemimpin terdahulu PAS dikuburkan mayat-mayatnya antara kita, tapi semua jemaah PAS tak mahu ambil contoh dari kekhilafan mereka. Spy taknak ungkit perkara berkaitan dengan orang yang dah arwah.., so korang fikirlah sendiri sapa yang dimaksudkan…

Jadi…., bila bercakap pasal kenapa doa PAS ni tak dimakbulkan Tuhan.., Spy teringat satu firman Allah swt dalam kitab Al-Quran…, “Mintalah kamu sekalian kepadaKu nescaya akan Aku kabulkan”…

Tapi bila Spy tengok cara PAS berpolitik yang menghalalkan agama hanya untuk kegunaan politik peribadi dorang.., adakah PAS layak meminta-minta dari Tuhan kalau dorang terdiri dari golongan yang lalai dan mendustakan apa yang dituntut oleh agama?

So.., insaflah wahai semua sahabat Spy dalam PAS…

No comments: