Sunday, July 17, 2011

harga minyak


Jaevn Villa
BERKAITAN DENGAN KENAIKAN HARGA MINYAK DI MALAYSIA

tentang harga minyak yang naik. untuk pengetahuan semua, kita ini bukannya negara pengeluar utama dunia bahkan Indonesia jauh meninggalkan kita di belakang. Malaysia tidakpun layak untuk menganggotai OPEC (Organization of the Petroleum Exporting Countries – Organisasi Negara-negara Pengeksport Petroleum) kerana ia lebih banyak mengimport minyak daripada mengeksportnya. Atas sebab yang sama juga, Indonesia terpaksa menarik diri daripada OPEC pada tahun 2008.11

Sebelum itu, mari kita membandingkan dengan negara di asia tenggara, Negara Asia Tenggara yang mempunyai harga petrol paling mahal ialah Singapura dengan harga RM5.14 (SGD2.12) seliter bagi RON 95, manakala negara yang mempunyai harga petrol termurah ialah Brunei dengan harga RM1.28 (BND0.53) seliter bagi RON 97.

Jika harga-harga petrol negara lain tidak ditukar kepada matawang ringgit, secara perbandingan, seorang rakyat Singapura yang berpendapatan SGD2,000 sebulan perlu membayar SGD2.12 untuk seliter petrol RON 95, sedangkan seorang rakyat Malaysia yang berpendapatan RM2,000 sebulan hanya perlu membayar RM1.90 untuk kuantiti dan gred petrol yang sama.

Mengapa Harga Petrol di Malaysia Tidak Semurah di Brunei?

Gabungan faktor kekayaan dan saiz populasi yang kecil jika dibandingkan dengan Malaysia menyebabkan Brunei mampu memberikan subsidi lebih untuk harga petrol. Selain itu, hampir kesemua kekayaan Brunei diperolehi daripada hasil pengeluaran minyak.

Brunei ialah negara ke-6 terkaya di dunia, dan memiliki populasi yang lebih kecil daripada populasi bandar Seremban, iaitu hanya 407,000 orang.7 Malaysia pula berada di tangga ke-60 dan memiliki populasi seramai 27.57 juta orang.

Banyak pihak gagal atau sengaja tidak membuat perbandingan yang menyeluruh, apabila hanya membandingkan harga petrol di Malaysia dengan negara pengeluar minyak lain, tanpa membandingkan jumlah pengeluaran minyaknya. Sebagai contoh: tindakan membandingkan harga petrol di Arab Saudi, negara anggota OPEC yang mengeluarkan 10.25 juta tong minyak sehari, dengan harga petrol di Malaysia, negara bukan anggota OPEC yang hanya mengeluarkan 703,920 tong sehari, sudah tentulah tidak wajar.

Malaysia menduduk ranking ke-26 negara pengeluar minyak. Perbandingan lebih tepat wajar dilakukan dengan negara-negara yang memiliki jumlah pengeluaran minyak yang hampir sama dengan Malaysia. Jika dibandingkan dengan 10 negara lain yang mengeluarkan antara 543,000 sehingga 1.13 juta tong minyak sehari, Malaysia memiliki harga petrol ke-4 termurah.

India yang menduduki ranking ke-14, ron 97: 4.57. Indonesia pula, ranking ke 21. ron 95: 3.18 dan ron 92: 3.03.

Mengapa Malaysia Tidak Menambah Subsidi Untuk Menurunkan Harga Petrol?

Jumlah subsidi minyak Malaysia ialah yang tertinggi antara mana-mana negara Asia Tenggara, iaitu sebanyak 2.4% daripada KDNK.22

Brunei, negara Asia Tenggara yang memiliki harga petrol terendahpun hanya membelanjakan 2.2% sahaja daripada KDNK untuk subsidi minyak. Adalah perlu diingatkan bahawa KDNK Brunei (RM36.88 bilion) ialah kecil berbanding Malaysia (RM682.66 bilion).

Menurut majalah The Economist, pada tahun 2008 Malaysia mempunyai antara bil subsidi minyak termahal di dunia. di tangga ke-23.

Pada November 2010, sidang kemuncak kumpulan negara-negara ekonomi terbesar dunia, G20, yang diadakan di Seoul, Korea Selatan telah membuat deklarasi untuk menghentikan secara berperingkat (phase-out) subsidi minyak yang dikatakan tidak efisien dan menggalakkan pembaziran.24 Sidang tersebut antara lain dihadiri oleh Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, Perdana Menteri United Kingdom, David Cameron, selain wakil kuasa ekonomi terbesar di Asia Tenggara, Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono. Tapi kenapa pembangkang masih berkeras mahu mempertahankan subsidi sedangkan kita tahu ianya sejenis pembaziran dan pembaziran amat dilarang oleh agama Islam?

Sumber:-

1. Latest Pump Prices, SPC: Singapore Petroleum Company,http://www.spc.com.sg/home/home.asp

2. Retail Oil Price, Energy Policy & Planning Office, http://www.eppo.go.th/retail_prices.html

3. Retail Pump Prices – Metro Manila, DOE Portal, 14 April, 2011,http://www.doe.gov.ph/OPM/Pumpprices.htm

4. “Perkembangan Harga BBM Non-Subsidi Periode 20 April 2011,” PT.Pertamina (Persero), 20 April, 2011, http://www.pertamina.com/index.php/detail/view/news-release/8106/perkembangan-harga-bbm-non-subsidi-perio​de-20-april-2011

5. Retail Price (VND/LITER), Petrolimex.com.vn, http://www.petrolimex.com.vn/Desktop.aspx/Homepage/

6. “Transport & Communication,” About Brunei, http://www.bruneipress.com.bn/brunei/brunei.html

7. World Population Prospects: The 2008 Revision Population Database, United Nations Population Division, http://esa.un.org/UNPP/

8. Laporan Kiraan Permulaan 2010, Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010, http://www.statistics.gov.my/ccount12/click.php?id=2127

9. Country Comparison: GDP (Purchasing Power Parity), The World Factbook,https://www.cia.gov/library/publications/the-world-factbook/rankorder/2001rank.html

10. World Economic Outlook Database, International Monetary Fund, April, 2010,http://www.imf.org/external/pubs/ft/weo/2010/01/weodata/index.aspx

11. “Indonesia to withdraw from Opec,” BBC NEWS, 28 Mei, 2008,http://news.bbc.co.uk/2/hi/7423008.stm

12. International Petroleum (Oil) Production, Energy Information Administration,http://www.eia.doe.gov/emeu/international/oilproduction.html

13. “Woqod raises petrol prices,” Gulf Times, 23 Januari, 2011, http://www.gulf-times.com/site/topics/article.asp?cu_no=2&item_no=411568&version=1&template_id=57&parent_​id=56

14. “New Fuel Prices Starting 16 Jan 2011: Delhi !,” Delhi Petrol Prices,http://www.delhipetrolprices.com/

15. “SOCAR head: Azerbaijan not to increase fuels and lubricants prices,” Trend, 14 November, 2010, http://en.trend.az/capital/energy/1782016.html

16. “YPF Cease Sales of Regular Petrol,” The Argentina Independent, 26 April, 2011, http://www.argentinaindependent.com/currentaffairs/newsfromargentina/ypf-cease-sales-of-regular-petrol-/

17. “Fuel prices in Oman,” Our World Travels, http://www.ourworldtravels.com/oman/fuel-prices

18. “Fuel prices,” Egyptian German Joint Committee on Renewable Energy & Energy Efficiency, Oktober, 2008, http://www.jcee-eg.net/reee.asp?sublinkID=29

19. National Retail Petrol Prices, Australia Institute of Petroleum, 1 Mei, 2011,http://www.aip.com.au/pricing/retail/ulp/index.htm

20. “Precio Promedio Mensual Gasolina Corriente (Bta),” Unidad de Planeacion Minero Energetica, 14 Mac, 2011, http://www.upme.gov.co/GeneradorConsultas/Consulta_Indicador.aspx?idModulo=3&Ind=8

21. “Recent developments in energy subsidies,” IEA World Energy Outlook 2010,http://www.worldenergyoutlook.org/Files/ann_plans_phaseout.pdf

22. “Fossil-fuel consumption subsidy rates as a proportion of the full cost of supply, 2009,” IEA World Energy Outlook 2010, http://www.iea.org/subsidy/index.html

23. “Crude measures: Not everybody is paying higher prices for oil,” The Economist, 29 Mei, 2008, http://www.economist.com/node/11453151

24. The G20 Seoul Summit Leaders’ Declaration,” G20 Seoul Summit 2010,http://media.seoulsummit.kr/contents/dlobo/E1._Seoul_Summit_Leaders_Declaration.pdf

25. “Problems Follow When Officials Set Fuel Prices,” IMF Survey Magazine, 15 Januari, 2007, http://www.imf.org/external/pubs/ft/survey/so/2007/RES0430A.htm

26. “Fuel subsidies drag on emerging economies,” Financial Times, 18 April, 2011,http://www.ft.com/cms/s/0/81a781a0-69d7-11e0-89db-00144feab49a.html#axzz1LGri4piJ

27. “China’s fuel subsidy costs the world,” Reuters, 4 Jun, 2008,http://www.reuters.com/article/2008/06/04/us-markets-column-fuel-idUSBNG12910820080604

28. “China car sales top U.S.,” Reuters, 11 Januari, 2010,http://www.reuters.com/article/2010/01/11/us-autos-idUSTRE60A1BQ20100111

29. “World oil price falls as China cuts fuel subsidies,” The Sydney Morning Herald, 21 Jun, 2008, http://www.smh.com.au/news/national/world-oil-price-falls-as-china-cuts-fuel-subsidies/2008/06/20/1213770​924137.html
2 minutes ago · Unlike ·  · Unsubscribe

No comments: