Thursday, October 31, 2013

transformasi politik - tindakbalas keatas laporan audit

transformasi politik - tindakbalas keatas laporan audit

1.setiap tahun laporan audit dikeluarkan utk rujukan rakyat bagaimana perbelanjaan kerajaan digunakan , dn hampir dlm semua laporan audit terdapat bukti jelas ketirisan berlaku dn penyelewengan tertentu telah berlaku.

2.laporan audit yg telah disahkan , mempunyai bukti penyelewengan yg telah berlaku , dn pihak berkaitan wajar mengambil tindakan yg perlu utk membenteras aktiviti penyelewengan ini agar pembaziran dn aktiviti ini dpt dihapuskan ataupun diminimakan.

3.akibat drpd permasalahan ini , bajet kerajaan terbazir dn seterusnya mengakibatkan kerugian kpd kerajaan sendiri , pelbagai persepsi buruk ditanggung kerajaan memerintah dn mendatangkan keraguanh rakyat kpd pihak kerajaan.

4.kerajaan telah mengambil langkah ekonomi tertentu dlm usaha utk menstabilkan tekanan ekonomi global dn domestik , dn utk memaksimakan penjanaan kewangan utk kantung negara , dn beberapa langkah tersebut dilihat membabitkan penambahan bebanan kewangan kpd rakyat jelata.

pun begitu , kerajaan dilihat juga tidak mengambil langkah proaktif serius utk menyelesaikan permasalahan pembaziran kewangan negara spt mana yg dilaporkan oleh audit , langkah langkah pencegahan dn tindakan tertentu amat wajar diambil utk menghukum mereka yg terlibat dlm pembaziran kewangan negara.

ianya amat perlu , memandangkan status kewangan negara yg kian tidak stabil dn rakyat jelata tidak harus dibebankan dgn permasalahan spt ini.

5.tindakan displin tidak memadai dn tidak mencukupi utk menghukum mereka jbtn kerajaan yg terlibat dgn penyelewengan ini kerana perbuatan mereka tertakluk kpd akta jenayah , dn mereka sewajarnya diberikan tindakan mengikut akta jenayah yg diperuntukan.

6.siasatan menyeluruh drpd laporan audit , tindakan mengikut akta jenayah , masa yg diambil utk siasatan dn tindkan sewajarnya ditumpukan dn dipercepatkan sbg teladan kpd pihak berkaitan agar tidak semudah utk menyeleweng wang negara sesuka hati.

7.ketelusan mutlak wajar diberikan dlm soal spt ini , ketirisan yg akibatkan kerugian wang negara harus diselesaikan secepat mungkin dn setegas yg perlu agar negara tidak terjerumus disituasi yg mungkin boleh menyebabkan kestabilan ekonomi dn kewangan negara tergugat.,

8.rakyat jelata mengharapkan kerajaan memerintah memberi perhatian dn tindakan terbaik utk permasalahan ini.

sekian.

tmx


No comments: