1.gst ialah 1 sistem pencukaian yg effisien yg digunakan oleh 160 buah negara dlm dunia , sistem gst ini terbukti lebih efektif drpd sistem pencukaian terdahulu dlm usaha sebuah kerajaan utk mendapatkan kutipan cukai ,sistem cukai gst lebih menyeluruh dan dpt menyelesaikan beberapa permasalahan soal kutipan cukai dan proses penaksiran cukai yg komplikated dan rumit.
sistem cukai gst berjaya atasi permasalahan membabitkan pembayar cukai dn pengutip cukai , sistem ini lebih telus ,jelas dan terperinci dn lebih mudah utk diakaunkan dn dimbangkan pengiraannya.
2.sejarah telah membuktikan , tiada 1 pun sistem ataupun formula yg sempurna dn lengkap yg tiada permasalahan dn begitu juga dgn sistem pencukaian gst ini , sistem gst ini tidak lah sempurna sepenuhnya tetapi ia telah terbukti lebih baik drpd sistem pencukaian yg sebelumnya dn dikatakan hanya membawa permsalahan yg minimum.
penggunaan sistem gst ini di 160 buah negara telah membuktikan tahap effisiensinya , selama ia digunakan , percubaan dn kesilapan ( trial & error ) sistem ini diperbaiki drpd semasa ke semasa dn setrusnya menjadikan ia 1 sistem yg progresif dan efektif utk sistem pencukaian sesebuah negara.
3.sistem gst ini berupaya mencapai pencapaian menyeluruh dlm proses pengutipan cukai dan mengurangkan permasalahan pengiraan penaksiran keatas penanggung cukai , sistem ini lebih mesra pengguna dn tidak mudah dimanipulaiskan ataupun diekploitasikan oleh pihak pihak tidak bertanggungjwb.
4.kebanyakan pihak yg mempertikaikan sistem gst ini mempertikaikannya diatas sbb ;
1.kenaikan harga pasaran barangan tertentu ,
2.politik
3.tiada pengetahuan dn maklumat berkaitannya
5.sistem gst diformulakan utk menstabilkan pungutan cukai di sesebuah negara dan membantu permasalahan kenaikan harga barngan dlm sesebuah negara ,dn juga mengawal tindakan para peniaga yg bermain dgn harga jualan sesuka hati mereka.
6.kita semua tahu , faktor kenaikan harga barangan disbbkan oleh beberapa faktor :
1.faktor tekanan ekonomi global ,
2.faktor kekurangan pembekalan
3.penggurangan dana subsidi utk stabilkan akaun dn ekonomi negara tersebut
4.faktor manipulasi peniaga tidak bertanggungjawab
7.dgn adanya , sistem gst ini , beberapa isu dpt dikawal agar bebanan keatas pengguna dpt diminimakan dn seterusnya pengawalan harga barangan utk rakyat jelata dpt distabilkan dgn proaktif.
8.dlm pada sesebuah negara ataupun kerajaan menggunapakai sistem pencukaian gst ini , pihak kerajaan juga amat perlu bertanggung jawab dgn bersungguh sungguh utk memastikan beberapa faktor yg menyebabkan ketidakstabilan ekonomi negara itu diberikan tindakan sebaiknya .
1.faktor pembaziran perbelanjaan kerajaan
2.faktor penyelewengan dlm pembelanjaan kerajaan
3.faktor ketirisan tertentu , rasuah dn produktiviti jentera kerajaan
3 faktor utama diatas amat perlu diberikan tindakan terbaik dn mampu dilihat dgn jelas oleh rakyat jelata agar apa jua sistem yg digunakan kerajaan menjadi efektif sepenuhnya ataupun mencapai pencapaian maksimum drpd penggunaanya.
9.tidak akan berjaya apa jua sistem ataupun formula utk sesebuah kerajaan ataupun negara jika faktor ketirisan tertentu dn penting diberikan tindakan yg perlu dn sebaiknya.pihak kerajaan wajar melihat perkara ini dgn serius bg menjamin masa depan negara tidak tergugat dgn teruknya.
10.rumusannya , sistem gst ataupun apa saja sistem yg hendak digunapakai oleh mana mana negara ataupun kerajaan wajar wajib dilakukan bersama dgn pembaikan dn pembetulan yg perlu dlm sistem ekonomi , pentadbiran dn pengurusan negara tersebut,
jika tidak , maka , apa jua sistem ataupun formula , hanya akan menjadi sia sia shj.
sekian .
tmx.
No comments:
Post a Comment