Tuesday, July 12, 2011

tuduhan pas

Ee Si Kucing
Terlebih menatang fatwa Hadi Awang..Hadi Awang terkincit terkena batang hidung penyokong2 taksub otak bebal sendiri..
by Ee Si Kucing on Sunday, June 26, 2011 at 9:23pm
Your note has been created.
Siapa yang sebenarnya kafir..terlajak perahu boleh diundur..terlajak kata hehehe..ludah terhambur ke muka sendiri..inilah akibat terlebih mengata dulang paku sepih..hehehe..kini PAS yang lebih-lebih..Apa yang menjijikkan lagi alasan yang digunakan oleh Hadi untuk menjilat undi DAP dan PKR ialah bukan saja di dalam Al-Quran tiada Negara Islam malah beliau juga menyatakan "apa yang penting ialah pelaksanaan", bukan Negara Islam itu sendiri!

1. Tuduhan kafir kerana memerintah negara secara berkongsi/berikat dengan parti-parti yang ahlinya bukan Islam.
Tuduhan ini bermula menjelang pilihanraya umum 1964. Mereka berhujah dengan ayat 28 surah Al-Imran. Tetapi tindakan mereka hari ini melibatkan diri dalam Barisan Alternatif yang ikut serta parti DAP telah menghalalkan fatwa mereka sebelum ini.

2. Membuat tuduhan bahawa kerajaan Malaysia memisahkan agama dari politik dan dengan itu menjadi kafir.
Tuduhan ini bermula dalam kempen pilihanraya umum 1978 sebaik saja PAS keluar daripada BN, dan berterusan sehingga sekarang.

Hadi juga dalam ucapannya pada 7 April 1981 di Banggol Peradong, Kuala Terengganu telah menegaskan: " Kita tidak payah menukar agama. Kita menjadi kafir dengan mengatakan polotik suku agama suku."

Sebenarnya tidak ada sesiapa yang berkata bahawa Islam dan politik itu berpisah, kerana ajaran Islam meliputi semua bidang kehidupan termasuk politik. Tetapi pemisahan yang berlaku adalah dari segi perlaksanaan menurut keahlian seseorang yang melaksanakan bidang-bidang kehidupan yang berbeza.

Nabi Muhammad SAW adalah seorang rasul yang menerima wahyu dari Allah. Melalui wahyu, baginda bertindak sebagai pendakwah, dan pada masa yang sama sebagai pemimpin negara, panglima perang, hakim, imam sembahyang dan lain-lain.

Tetapi selepasa wafat Nabi Muhammad, ketika itu negara Islam sudah meluas dan bilangan rakyatnya sudah ramai, maka tugas-tugas pentadbiran hal-hal keduniaan ini terpaksa diagih-agihkan kepada yang layak dan berkemampuan,Seorang yang menjadi kadhi tidak mungkin pada masa yang sama menjadi panglima perang. Begitu juga dalam bidang-bidang yang lain. Semuanya terpaksa dipisahkan mengikut keahlian masing-masing.

Nabi sendiri pun telah memisahkan tugasnya diantara tugas-tugas kerasulan (Ar Risalah) dengan tugas kepimpinan manusia (Siasah Linnas Wa Riasah Ad-Daulah).

3. Menuduh kerajaan BN ini kafir kerana tidak menjalankan hukum Allah.
Tuduhan ini bermula menjelang pilihanraya umum 1969 dan berterusan sihingga ke hari ini. Mereka berlandaskan kepada ayat-ayat al-Quran 44, 45 dan 47 surah al-Maidah yang membawa maksud : " Sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang diturunkan Allah maka orang yang berkenaan sama ada kafir atau fasik atau zalim."

Menjalankan hukum Allah mestilah bermula dengan diri sendiri. Maksudnya setiap orang Islam ditegah hasad dengki, cemburu, iri hati, benci dan lain-lain sifat-sifat mazmumah (keji). Hukum Allah menghendaki begitu. Hadi Nabi menegaskan: "Dirikan daulah Islam dalam diri kamu sebelum kamu dirikan dalam negara kamu."

Walaubagaimanapun, hukum Islam berhubung dengan pembangunan minda dan fizikal telah dilaksanakan dengan sempurna menurut kemampuan yang ada.

4. Menuduh kerajaan BN memperjuangkan Assabiyah. Setiap perjuangan Assabiyah adalah kafir.
Tuduhan ini bermula menjelang pilihanraya umum 1982. Mereka berhujah dengan sebuah hadis yang membawa maksud: " Bukan dari golongan aku sesiapa yang menyeru kepada assabiyah dan bukan daripada golongan aku sesiapa yang mati atas jalan assabiyah."

Sebenarnya maksud assabiyah yang dikehendaki oleh hadis ialah menolong bangsa sendiri dan pada masa yang sama menzalimi kaum yang lain. Hal ini tidak berlaku dalam kerajaan BN.

5. Berkelahi dengan penyokong BN adalah diharuskan.
Fatwa ini dibuat oleh Hadi Awang dalam ceramahnya secara terbuka pada 24 September 1983 di Kampung Bukit Kulim, Marang, Terengganu. Dia berhujah dengan ayat al-Quran 251 dari surah Al-Baqarah. Fatwa ini dapat difahami dengan mudah sebagai menyeleweng dan jahat.

6. Mengeluarkan hukum dengan mendakwa bahawa jika seseorang itu mati kerana melawan UMNO maka matinya adalah syahid.
Fatwa ini terbit dari ceramah Hadi Awang pada 7 April 1983 di Banggol Peradong, Kuala Terengganu. Ucapan ini telah dicetak dan disebarkan dalam kempen pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Kemumin dan Dewan Undangan Negeri Selising, Kelantan pada September 1983.

Menurut Ustaz Omar Khalid, seorang bekas pemimpin PAS, katanya: Dia sendiri pernah mendengar Tuan Guru Nik Aziz ada berkata: Jika melawan UMNO, tiba-tiba mati, maka matinya itu dikira syahid. (Parti Islam Antara Realiti dan Fantasi). Peristiwa Mamali pada tahun 1985, adalah kesan yang dipengaruhi oleh fatwa syahid tersebut.

7. Sesiapa yang menentang PAS beerti menentang Islam kerana Islam itu PAS dan PAS itu Islam.
Fatwa ini bermula dari risalah kecil tulisan almarhum Khaidir Khatib yang disebarkan menjelang pilihanraya umum 1969. Sehingga hari ini fatwa ini berjalan sebara berterusan.

Kempen-kempen setiap kali menjelang pilihanraya pensyarah-pensyarah PAS mendakwa bahwa parti PAS sahaja yang memperjuangkan Islam. Bahkan Nik Aziz sendiri dalam suatu siaran TV baru-baru ini telah menegaskan demikian. Kesannya pengikut-pengikut PAS meyakini bahawa PAS itu Islam dan Islam itu PAS.

Fatwa ini secara sedara atau tidak sedar telah menguasai pemikiran rakyat, termasuk golongan pelajar di pusat-pusat pengajian tinggi dan kakitangan kerajaan. Timbul perasaan berdosa jika tidak menyokong PAS.

8. Kerajaan BN bukan saja enggan melaksanakan hudud, tetapi memperlekeh dan menentang sekeras-kerasnya hukum Allah.
Fatwa ini mula dicipta dan disebarkan menjelang pilihanraya umum 1995 sedangkan PAS sendiri tahu bahawa kewajipan menjalankan hukum hudud itu bukan perkara suruhan yang segera seperti sembahyang, zakat, dan puasa. Juga bukan perkara yang diutamakan berbanding dengan hukum-hukum berhubung dengan pembangunan minda dan fizikal ummah.

9. Membela Kroni. Menghalalkan carut-mencarut, mengharuskan maki hamun. Bahkan Allah sendiri mencarut.
Fatwa ini dikeluarkan oleh Tuan Guru Nik Aziz sendiri ketika dia membela kroninya, Shahnon Ahmad yang menulis buku Shit. Nik Aziz amat berani membuat fatwa seumpama itu sehingga sanggup mencemarkan kesucian dan kesempurnaan Allah.

Fatwa ini jelas bertentangan dengan hukum dan bercanggah dengan akidah. Surah Al-Hujarat ayat ke 11 dengan jelas menyatakan maksud ini.

Memang benar Allah pernah mencela orang munafik dengan kataNya mereka bisu, buta dan tidak ada otak. Tetapi celaan seumpama itu tidak bleh dianggap sebagai mencaci dan mencarut atau mencela dan mencerca, kerana kita tidak boleh mengkhitabkan atau mengaitkan perbuatan dan kata-kata keji kepada Allah Yang Maha Suci.

Kata-kata Allah itu adalah merupakan inzar (amaran) dan tahdid (ugutan) kepada orang kafir dan munafik. Bukan maki hamun dan mencarut. Kalaulah dikatakan maki hamun pun, kata-kata itu adalah ditujukan kepada orang kafir dan munafik. Tidak kepada orang yang sujud kepada Allah.

Ahli Sunnah Wal-Jammah telah membuat kesimpulan bahawa sekiranya terdapat kalimah-kalimah yang menyerupai sifat-sifat kekurangan, maka hendaklah ditakwilkan makna dan maksudnya supaya sesuai denga kesucian dan kesempurnaan Allah.

10. Fatwa-fatwa sampingan
Kesan daripada fatwa-fatwa di atas lahirlah fatwa-fatwa sampingan yang bergerak secara berbisik-bisik dari rumah ke rumah. Bahkan seringkali juga dilakukan secara terbuka di kawasan luarbandar dan pendalaman:

a) Tidak sah sembahyang berimamkan orang UMNO.
b) Diharamkan makan daging binatang ternakan yang disembelih orang UMNO.
c) Tidak boleh belajar dan mendengar kuliah-kuliah dari guru-guru dan ustaz penyokong kerajaan BN
d) Tidak sah akad nikah dengan imam yang dilantik oleh Majlis Agama dibawah kerajaan BN.

Jika dilihat daripada sudut kebaculan Khawarij PAS pula,sebenarnya Hj Hadi terkencing apabila dibawa mengadap dihadapan Karpal, Anwar dan Kit Siang.Barangkali belum pun Hj Hadi membuka mulut ,berdehemnya Kit Siang terus nada dan tujuan asal sudah bertukar.Begitulah sifat dayus dan sundalan politik seperti khawarij PAS yang sudah kehilangan maruah akibat selingkohan politik gampangan di dalam pakatan.

Perjuangan hudud dan negara Islam sudah menjadi sejarah buat khawarij PAS,apabila mereka bersetuju secara bersama untuk tidak bercakap soal perjuangan khawarij PAS. Semua orang tahu pakatan rakyat tidak akan berjuang ke arah melaksanakan hukum hudud dan negara Islam. Justeru apabila wujud secara persefahaman diantara khawarij PAS dan DAP.Maka sebetulnya mereka hanya bersetuju untuk memperjuangkan Ketuanan Anwar dan Malaysian Malaysia.

DAP yang semua orang tahu secara konsisten menentang khawarij PAS untuk berjuang melaksanakan hudud. Lim Guan Eng sehingga hari ini tidak pernah bersetuju dengan perjuangan khawarij PAS. Ini dibuktikan pada 8 Desember 1999 berdasarkan laporan daripada akhbar The Sun ,Lim Guan Eng mendesak Barisan Nasional agar mengunakan kuasa 2/3 majoriti di parlimen untuk menghalang kerajaan PAS di pantai timur untuk melaksanakan polisi islamik iaitu hudud dan qisas . Namun ketika itu pelaksanaan tersebut gagal diteruskan bukan dihalang oleh BN,tetapi khawarij PAS secara sengaja tidak meneruskan pelaksanaan polisi Islam mereka.

Lim Guan Eng,Kit Siang dan Karpal konsisten menentang perjuang khawarij PAS.Tetapi sekarang ini atas dasar DAP sebagai Bos Besar didalam pakatan,khawarij PAS akan patuh segala arahan yang diberikan oleh Bos Besar mereka.

Gelaran paling sesuai untui khawarij PAS adalah munafik.Mengkafirkan sesama Islam,mencederakan dan merosakkan harta benda saudara seagama.Malah memandang hina terhadap orang lain .Allah maha adil apabila mereka sekarang ini dijadikan tontonan buat rakyat untuk dijadikan teladan. Kini mereka pula yang melutut kepada chauvanist ultra kiasu rasis DAP untuk mendapatkan kuasa politik dan sudah dilihat sebagai jalangan politik.

Firman Allah dalam An Nisaa' ayat 94 yang bererti :-

Hai orang-orang yang beriman,apabila kamu pergi kejalan Allah,maka hendaklah kamu selidiki dengan teliti (mana yang kawan,mana yang lawan).Dan janganlah kamu berkata kepada orang yang mengucapkan salam kepadamu,"kamu bukan seorang mukmin".Kamu bermaksud mencari harta benda didunia.Allah mempunyai harta benda yang banyak.Demikianlah kamu dahulu,lalu Allah memberi kurnia kepadamu,maka teliti dan selidiklah (jangan terlalu mudah mengatakan seseorang itu bukan mukmin).Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa saja yang kamu kerjakan.


Apabila Hadi Awang mengeluarkan kenyataan bahawa Negara Islam sebenarnya tidak disebut di dalam Al-Quran sebaliknya negara kebajikan (sini), maka ini mengesahkan bahawa sejak PAS ditubuhkan pada 24 November 1951 telah menipu umat Islam di Malaysia dengan mengatakan kononnya mahu menubuhkan "Negara Islam". Pembohongan PAS ini kini terpaksa didedahkan sendiri oleh Hadi untuk membolehkan kerjasama mereka dengan PKR dan DAP tidak terjejas.

Betapa malangnya umat Islam di Malaysia apatah lagi para penyokong PAS yang telah ditipu hidup-hidup kononnya PAS nak menubuhkan Negara Islam. Hakikatnya, PAS hanya mahukan kuasa. PAS sendiri tertubuh disebabkan Fuad Hassan tewas dalam pemilihan jawatan Yang Dipertua UMNO. Akibat kecewa beliau keluar dari UMNO dan menubuhkan PAS. Siapa tak tahu perkara itu?

Jadi ini dengan sendirinya mengesahkan apa yang dibuat oleh UMNO adalah tepat dan menepati kehendak Al-Quran. UMNO tak pernah menjaja sebagaimana PAS tetapi UMNO mengutamakan pelaksanaan.Fikirlah secara logik..jangan ikut bisikan syaitan yang cuba menyesatkan dengan bertopeng kononnya mereka2 yang bergelar tok2 guru.ustaz2,ustazah2
para ilmuan dan cerdik pandai agama tapi palsu..mereka hanya inginkan kuasa dan terlalu gilakan kuasa..

No comments: