Sunday, July 17, 2011

inflasi


Arn Ron
Arn Ron Raymond Tan : Arn Ron, harga barangan termasuk rumah tidak dikawal oleh kaum tertentu sekiranya saudara berkelulusan ekonomi. 
Malaysia seperti Indonesia menyalahkan harga barangan dikawal oleh kaum tertentu. 
Kadar inflasi di Malaysia adalah sama seperti di negara lain iaitu 6-8% dan kadar ini sihat. 
Jika kerajaan kadar inflasi dikawal akan berlaku berlebihan pesanan belian dan kekurangan barangan. 
Ada negara yang mengawal kadar inflasi supaya harga barangan tidak naik tetapi ini bahaya kerana 

ini akan menyebabkan tekanan inflasi bertambah dan jika meletup akan berlaku hyperinflasi. 
Harga rumah melambung sejak kebelakangan ini kerana spekulasi harga rumah akan naik. 
Spekulasi juga dilihat di pasaran saham dan barangan keperluan asas seperti guna.
Peniaga akan menyorok barangan jika ada berita harga akan naik; sama juga rumah akan dibeli dan simpan. 

------------>reply...

SPEKULASI...?
benar, saya tertarik dengan perkataan itu...

secara asas dan mudah difahami...
di mana2 negara sekalipun, mereka yang bermain SPEKULASI adalah golongan2 yang 'memegang' kuasa ekonomi kecuali negara2 yang mengamalkan konsep komunisme seperti di korea utara dan russia yang mana kerajaan mereka mengamalkan pasaran tertutup demi menjaga kepentingan kuasa politik di negara mereka...
kedua2 negara ini tidak mampu bersaing dengan pasaran ekonomi dunia yang sedang mengamalkan pasaran yang bebas dan terbuka walaupun mempunyai hasil bumi, tenaga buruh dan juga teknologi yang tidak kurang hebatnya...
namun konsep ini tidak diamalkan oleh negara kita demi menyuburkan demokrasi dan keadilan kepada rakyat berbilaang kaum, maka oleh itu kita terdedah pula kepada bahaya kesan SPEKULASI dalaman daripada mereka2 yang tidak bertanggungjawab...

pernah satu ketika dahulu kerajaan malaysia 'terpaksa' menutup pasaran kewangannya dgn menambat nilai matawang negara demi menjaga survival politik negara...
jika ini tidak dilakukan sudah tentu kuasa politik negara ini telahpun diambil alih oleh kuasa2 besar luar seperti IMF dan bank dunia yang mana kedua2 agensi ini dibawah kawalan selia amerika syarikat atau lebih tepat lagi zionis@luciferian...
namun akhirnya dunia telah mengiktiraf dan memuji langkah tersebut yang dilakukan kerajaan apabila terbukti kejayaan negara mengeluarkan diri dari cengkaman tersebut...

apa yang telah terjadi ini adalah kesan dari permainan SPEKULASI keatas matawang negara sehingga menyebabkan matawang negara jatuh mendadak...

konsep terbuka dan bebas seperti inilah yang sedang diguna pakai ketika ini didalam negara kita dan sebagai risikonya negara terdedah kepada permainan spekulasi...
malangnya permainan SPEKULASI ini bukan hanya dilakukan oleh pihak2 luar tetapi oleh pihak2 yang memegang kuasa ekonomi di negara kita ini tanpa mengambil kira kesan buruk terhadap pihak lain 
demi memberi keuntungan hanya kepada pihak sendiri...

untuk pemahaman lebih jelas, kuasa ekonomi terbahagi kepada beberapa proses diantaranya seperti berikut...

1 - pengeluar produk
2 - pemasaran
3 - logistik
4 - pengedar
5 - peruncit
6 - orang tengah atau broker
dan akhir sekali adalah yang terakhir iaitu yang ke 7 - pengguna

siapakah yang memonopoli setiap satu seperti proses2 diatas...?
siapa pula yang hanya menjadi pengguna secara skala yang besar dan majoriti...? 
dan sesiapa yang menguasai perjalanan proses ekonomi seperti diatas, pendekatan SPEKULASI mampu dipergunakan oleh mereka...

akhirnya dalam ertikata lain...
keberkesanan ekonomi sesebuah negara tidak semestinya terletak ditangan kerajaan semata2...
ini kita tidak boleh nafikan...

kerajaan didalam sesebuah negara hanya bertindak sebagai pemangkin kepada pentadbiran proses dan perjalanan sesuatu urusan ekonomi lalu mengawal selianya tanpa mempunyai authoriti sepenuhnya keatas keputusan2 dan tuntutan2 yang dilakukan oleh pihak pengeluar dan pengguna...
hak pengguna adalah ditangan pengguna dan bukannya kerajaan...
kerajaan tidak mampu menghalang pengguna yang sanggup membeli sesuatu produk dengan harga yang tinggi melainkan pengguna itu sendirilah yang membuat kata putus...
kuasa boikot juga ditangan pengguna bukan...?

permainan SPEKULASI cuba menampakkan kesalahan itu dilakukan kerajaan kononnya hanya bagi kebanyakkan mereka2 yang tidak faham dan tidak 'celik'...

KITA SEMUA TIDAK PERLU MENJADI AHLI EKONOMI HANYA UTK MEMAHAMINYA...
4 minutes ago · Like ·  · Subscribe

No comments: