Aminuddin Muhammad
'SILAP MATA' !!!!!
Perkara 121(1A) Perlembagaan Negara - " Mahkamah-Mahkamah Tinggi Malaya dan Borneo TIDAKLAH BOLEH mempunyai BIDANGKUASA berkenaan dengan apa-apa perkara dalam bidangkuasa Mahkamah Syariah".
(1) Status agama seorang yang telah didaftarkan sebagai Islam termasuk Muallaf adalah dibawah bidangkuasa Mahkamah Syariah. Mana-mana permohonan untuk menukar atau keluar dari Islam (MURTAD) adalah dibawah bidangkuasa Mahkamah Syariah. Begitu juga dalam kes-kes melibatkan perebutan jenazah seorang Muallaf. Ini adalah bidangkuasa eklusif Mahkamah Syariah yang diperuntukkan khas oleh PERLEMBAGAAN. Kebebasan Ugama dibawah Perkara 11 Perlembagaan perlu dibaca selari dan tertakluk kepada perkara 121(1A) tersebut.
(2) Gejala MURTAD ini satu wabak Penyakit yang boleh merebak jika tidak di tangani dengan tegas dan bijaksana. Selepas wafatnya Rasulullah S.a.w, gejala MURTAD ini bagaikan cendawan tumbuh malah ada yang mengaku sebagai Nabi terakhir termasuk Musailamah al-Kazab. Khalifah Abu Bakar al-Shidiq mengambil pendekatan 'PERANG' terhadap golongan MURTAD yang enggan bertaubat kerana perbuatan itu boleh menjadi barah kepada masyarakat Islam.
(3) Bagi menangani 'penyakit ini' , UMNO/BN sebagai tunjang Kerajaan Malaysia telah berjaya di Parlimen di era pemerentahan Tun Mahadhir meminda Perkara 121 Perlembagaan Malaysia dengan memasukkan PINDAAN KHAS 121(1A) supaya gejala 'MURTAD' dapat ditangani secara bijaksana dalam sebuah Negara yang 'kekuasaan politiknya' terpaksa ditentukan dengan gabungan 'pengundi' pelbagai kepercayaan agama. Ini satu kejayaan besar UMNO terhadap ISLAM biarpun terpaksa berhadapan dengan rakan-rakan MCA/MIC dan lain-lain yang mengamalkan kepercayaan berbeza. Inilah yang dikatakan golongan 'Dzimmi'.
(4) Malangnya....malangnya, bagaimana mainan 'Silap mata' ANWAR IBARHIM, perkara 121(1A) ini semenjak 'Tsunami 2008" mula ada dipersoalkan oleh Bukan Islam. Malah, mereka mula bergerak dalam organisasi-organisasi 'NGOs' dan menyelinap masuk dalam organisasi Politik menganjurkan 'FORUM TERBUKA' berkenaan hak seorang warga Malaysia samada Islam atau tidak untuk memilih dan menukar agama mereka. Lebih 'HARBI', mereka sanggup menolong dan mempertahankan golongan 'MURTAD' untuk menunjukkan betapa megahnya mereka menukar agama kepada Kristian atau ugama lain. Mereka juga 'mula' berani atas nama 'hak asasi Perlembagaan' untuk menghina Ketua-ketua Agama Islam Persekutuan dan Negeri (YDPA dan Para Sultan) bilamana mereka mula mempertikaikan hak Mahkamah Syariah tentang jenazah saudara Muallaf berkaitan kubur yang patut jenazah disemadikan.
(5) Mereka yang katanya 'Pejuang Islam'....mereka yang katanya 'Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se Malaysia'....mereka yang katanya 'Presiden Parti Islam Se Malaysia' bagaimanapun kelihatan seolah-olah terkena 'SIHIR' Pakar Silap mata.....Bukan mengambil langkah 'memerangi' sebagaimana tindakan Khalifah Abu Bakar tetapi turut sama menyeru umat Islam supaya keluar berhimpun beramai-ramai memberi sokongan kepada PENDOKONG 'golongan MURTAD'. Hebat! Hebat silap mata mainan politik mereka hinggakan mereka sendiri kini seolah-olah kelihatan 'redha' dengan apa yang telah S.AMBIGA perjuangkan untuk LINA JOY dan juga kewajaran pemakaian perkara 121(1A) tersebut!!!!!!!!!!!
(6) Mangsanya! mangsanya rakyat yang taksubkan mereka turut terkena sihir mengambil enteng tentang perkara MURTAD!!!!! Adakah ini dikatakan 'KETAKSUBAN' ??????? Bagaimana boleh demikian sedangkan umat Islam adalah 'Umattan wasattan"....bukannya manusia yang taksubkan manusia....
No comments:
Post a Comment