Thursday, August 27, 2009

Persepsi Rakyat

1.semalam ,keputusan prk pmtg pasir yg memihak kpd pas dgn majoriti yg selesa walaupun undi kpd mereka dikatakan menurun dan manakala umno bn pula dikatakan mendapat sedikit kenaikan jumlah undi drpd 73 % pengundi yg keluar mengundi....jika dilihat secara realistik..dgn sedikit matematik kita akan dpt lihat sebenarnya tiada apa pun siginifikan kpd keputusan undi kedua dua belah pihak.jika ada pun perbezaan ianya dlm lingkungan 5 % dan ianya tidak mengugat atau mendatangkan faedah selesa kpd ke 2 belah pihak....

2.kita semua tahu dun pmtg pasir yg dpt dirampas oleh pas pada pru 10 1999 drpd umno adalah kwsn tradisi anwar ibrahim,dan beliau adalah anak tempatan yg menjadi ikon di parlimen pmtg pauh dan sudah pasti kemenangan pr adalah faktor kesetiaan rakyat kpd anwar ibrahim dan kita ada asas utk mengatakan bahawa sebenarnya tiada apa pun pencapaian politik utk pihak pr dlm hal ini.

3.kedudukan scoreboard 7 prk - 3 parlimen & 3 dun dimana 5 kerusi adalah kerusi umno dan 1 kerusi mic iaitu parlimen bkt gantang - k trengganu - pmtg pauh dun manek urai ,pmtg pasir ,,penanti ( tanpa bertanding ) & bkt selambau ( mic ).......terjemahan drpd fakta diatas dan juga sedikit kajian matematik dan politik kesemua prk dan momentumnya jelas membuktikan bahawa masih terdapat kecenderungan minat rakyat jelata kpd pr,ianya juga membuktikan pengundi bukan melayu semakin menolak bn/umno dgn sebab tertentu....manakala pengundi melayu masih lagi kekal status quo nisbahnya....ianya bermakna umno masih belum berjaya menarik semula pengundi mereka yg telah beralih kpd pr.....dan juga pengundi tidak berparti yg selama ini menyokong umno/bn...

4.ada khabar mengatakan pada ketika kempen prk pmtg pasir minggu lalu..ada petugas bn / umno yg telah dimaklumkan oleh seorang pengundi warga emas bahawa beliau selama ini memang menyokong umno bn..akan tetapi beberapa org anaknya yg berkelulusan universiti berpendapat sebaliknya..maka beliau berkata kpd jurukempen bahawa mereka tidak perlu berkempen kpdnya....kerana kini beliau telah mendapat maklumat dgn lebih jelas drpd anak anaknya....beliau sudah pasti yakin dgn keputusannya dan lagipun katanya...anwar ibrahim adalah anak tempatan dan beliau sememangnya selama ini mengundi beliau...diatas fakta anwar adalah anak pmtg pauh...

5.rumusan diatas jelas membuktikan pengundi muda bwh 35 tahun yg menjadi faktor kekalahan bn pada pru 12 2008 lalu kini telah mula secara tidak langsung berkempen mengenai realiti politik kpd keluarga mereka...dan walaupun kejayaan mereka mendapat ijazah adalah hasil usaha umno bn..namun..mereka tidak melihat perkara itu adalah landas kpd keperluan tradisi utk menyokong umno..dan bagi sesetangah pihak...perlakuan itu ibarat kacang lupakan kulit...pun begitu pendirian mereka tetap dan tidak mudah mengalah.....alasan biasa yg kita dengar adalah memang benar mereka menolak umno...tetapi dgn beberapa sebab dan faktor...bukan menolak membabi buta....tidak juga mereka menolak umno bn terus langsung tanpa memberi peluang diwaktu akan datang....apa yg dikecewakan adalah tanggapan sesetangah pihak hanya berat sebelah kpd mereka sedangkan tiada pihak yg mahu memberi perhatian kpd kemungkinan dimasa depan mereka kembali mengundi umno bn...akan tetapi..kita semua maklum...manusia yg telah terlatih minda mereka tidak mudah kembali bertaut membuta tuli tanpa ada perubahan yg perlu dan sesuai dgn citarasa politik masakini ataupun yg sesuai dgn era mereka....

6.justeru itu...umno bn perlu realistik bahawa peralihan undi tersebut kpd pihak pr bukanlah sesuatu yg mustahil dpt dialih semula kpd umno bn...dan bagi melancarkan dan mempercepatkan proses peralihan kembali kpd umno bn itu....kita perlu merubah spt yg telah umum maklum...harapan agar faktor kemungkinan kembali semula sokongan yg hilang adalah terletak didlm tangan umno bn....samada mahu memberi perhatian kpd isu ini atau sebaliknya...samada mahu dgn serious dan komited utk mendapatkan semula undi tersebut adalah ketentuan umno bn sendiri..tiada siapa yg dpt membantu....tidak wang yg dpt kembalikan sokongan tersebut...tiada bomoh ataupun apa jua perkara yg dpt kembalikan undi tersebut kpd umno bn kecuali umno bn sendiri......

7.hampir setahun setengah sejak pru 12....pelbagai krisis politik pr telah terbukti mengugat mereka...persepsi rakyat terhadap pr dan bn sedang dlm proses penilaian dan hanya ada lebih kurang 2 tahun setengah ataupun 800 hari shj lagi utk umno bn lakukan sesuatu agar persepsi tersebut dpt dialihkan kpd bn......pr pula sedang sibuk menyusun strategi politik mereka utk pru akan datang dan kita telah difahamkan bahawa pada pru akan datang..masalah calon berwibawa dlm pr sedang dlm perancangan penyelesaian....mereka dikatakan sedang ke hala yg positif...manakala umno bn pula sejak hari pru 12 telah banyak kali ditipu rakyat bukan melayu dlm semua prk....perhatian kpd perubahan yg diharapkan keatas umno bn masih samar sehingga hari ini......

8.permasalahan calon spt yg kita lihat di prk k trengganu , pmtg pasir ,bukit gantang & juga permasalahan umno bhg tersebut jelas sedikit sebanyak tidak membantu langsung kpd umno bn...krisis dalaman dan persengketaan terbuka adalah satu perkara yg dipantau rakyat...kerana sifat media yg berunsur sensasi..maka isu spt ini amatlah mempengaruhi pengundi......namun setelah 7 prk...umno bn masih lagi dilihat belum dpt mengatasi situasi ini ataupun memberi perhatian kpdnya.......persepsi rakyat amat cepat diputuskan mereka....manakala bagi megubah semula persepsi tersebut kpd sokongan lama bukanlah sesuatu yg mudah....dan tidak juga amat rumit......mahu atau tidak...? komited atau tidak..? kesugguhan politik yg tulen dan mantap atau tidak..? itulah isu sebenar.....

9.kita sedang melihat pr sedang menggunakan peluang ada sebaiknya....tangan kanan mereka sedang menyusun strategi pru 13......tangan kiri mereka pula sibuk menepis isu tertimbul dan sambil itu sempat mencubit umno bn........manakala umno bn pula..tangan kanan sedang mencari formula bagi memperbaiki keadaan...tetapi buku formula yg digunapakai umno adalah buku edisi lapuk...umno masih belum jumpa buka formula yg edisi baru.......dan tangan kanan itu juga sedang menyusun strategi...tetapi dgn 3 jari yg sedang dlm rawatan akibat terkehel.....manakala tangan kiri umno pula sibuk mencari kelemahan pr..dgn 4 jarinya yg tersepit pintu dan masih dlm proses pemulihan..dan akibat itu..telah terlupa kan kelemahan sendiri...dan dlm waktu yg sama..tangan kiri itu juga sedang cuba membuka butang utk menukar baju tebal yg dipakai dihari tidak hujan dan ditempat tiada hawa dingin...dgn pembantu pembantu yg lemah kualiti dan teruk kredibilitinya..dan tidak suka pula dibantu oleh pembantu pembantu ini...bayangkan...lah....

10.isu persepsi rakyat jelata kpd umno bn mestilah diberi perhatian serious.....jelas sangat rakyat jelata bukan lagi mudah diperlekehkan minda mereka.....wayang drama basi sudah tidak laku walaupun ianya cerita p ramlee......mereka mahu cerita baru.....spt.nabil sendiri mau pikir ke..CSI ke....transformer ka.....atau yg setanding itu........oleh itu...umno bn mestilah berpijak dibumi nyata......

sekian


No comments: