Wednesday, April 27, 2011

limkitsial
Arrifin Hussin
Lim Kit Siang adalah ahli politik yang tersangat hebat di Malaysia. Beliau merupakan pemimpin fahaman democratic socialism[1] yang sangat bahaya selepas Karl Marx dan Lenin.

Bermulanya sejarah politik beliau dalam politik tanahair ialah selepas penyingkiran Singapore daripada Persekutuan Malaysia.

Lee Kuan Yew[2] sewaktu membawa Singapore menyertai Malaysia berhasrat dan bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri dan mahukan Tunku melepaskan jawatannya kerana alasan beliau ialah kaum cina Singapore dan Malaysia melebihi kaum Melayu.

Tun Abdul Rahman Ya’akub [3] bekas Ketua Menteri Sarawak dan bekas menteri kabinet telah menyatakan Tunku amat tidak bersetuju dan tidak berminat dengan kemasukan Singapura ke dalam Malaysia, tetapi oleh kerana tekanan dan desakan kerajaan British, Tunku [4] terpaksa beralah.

Setelah ugutan LKY dibuat terhadap Tunku, maka dua tahun selepas itu Singapore disingkirkan daripada Persekutuan Malaysia. [ Pas pula menuduh Tunku menjualkan Singapore kepada LKY]

Sejak itulah bermulanya penubuhan parti Dap untuk mewakili parti Pap[5] yang telah terkeluar dari Malaysia.

Hari ini LKS berjaya mempengaruhi penduduk cina Malaysia supaya menyokong perjuangan Dap.

LKS berjaya menyakinnya orang cina untuk menyokong Dap tanpa mengorbankan parti-parti cina yang ada seperti Mca, Gerakan, Supp dan beberapa lagi parti cina di Sabah.

Parti cina dalam BN perlu dikekalkan untuk mendapat bantuan dan peruntukkan dari kerajaan. Semua tuntutan ini dapat dilihat dalam pertubuhan Dong Zhong. [6]

Kini penat lelahnya telah menampakkan hasil, pengundi cina terpengaruh dengan doktrin yang dibawanya.

Selepas lumpuhnya Mca dan Gerakan dalam PRU 12, kini Supp pula menjadi mangsa kerakusan LKS. Orang melayu marah dengan Mca, Gerakan, Supp dan beberapa lagi yang lain.

Penganalisis politik menyatakan parti-parti cina dalam BN telah dijangkiti virus yang disuntik oleh Dap.

Ya, memang benar, LKS adalah pembawa kuman kanser yang berjaya memusnahkan anggota atau tubuh BN. Kini kanser yang berada dalam tubuh BN berada dalam tahap 3.[7]

Tun Mahathir [8] pernah berkata sebagai seorang doktor beliau akan melihat symstom dan membuat inferent terhadap pesakit. Setiap penyakit ada ubat dan ada ketika pembedahan perlu dibuat untuk membuang bahagian yang rosak dan tak boleh diselamatkan lagi.

Kenyataan Tun memang betul, ambil contoh pesakit diabetis yang terpaksa dipotong anggota badan yang rosak teruk untuk menyelamatkan nyawa pesakit.

Begitu juga halnya dengan sel kanser yang berada dalam anggota tubuh, sel dan sebahagian perkakasan dalam badan terpaksa dibuang untuk menyelamatkan nyawa pesakit. Itu pun kadangkala jangka hayat mangsa tidak dapat bertahan lama dan ada sebaliknya.

Oleh yang demikian, penyakit yang sedang merosakkan BN ini perlu segera dirawat. Pakar-pakar yang ramai ada dalam Malaysia itu mereka yang kerap dilihat dalam talk show perlulah segera menjadi pakar bedah untuk merawat dan memulihkan kembali pesakit-pesakit ini.

Sebelum PRU 13, penyakit ini perlu sembuh sepenuhnya walaupun dengan tindakan yang sangat memilukan.

Tunku pernah mengambil tindakan yang sangat kejam terhadap Lee Kuan Yew dan Ketua Menteri Sarawak iaitu Kalong Ningkan dan formula itu berjaya.

Tun Mahathir juga sama pernah mengarahkan dua pemimpin Mca yang bertelagah untuk berundur dan Umno mengambil alih pucuk pimpinan Mca buat sementara waktu. Akhirnya Mca kembali pulih dan menang besar dalam pilihanraya.

Supp juga sama, masalah kepimpinan parti telah menjadi barah dalam parti itu. Pehin Seri Taib Mahmud mengakui bahawa Supp menghadapi masalah atau krisis dalaman yang teruk dan menyebabkan kaum cina Sarawak terutama generasi mudah yang lemah mudah terpengaruh dengan Dap.

Taib Mahmud seorang pemimpin yang sangat berani dan bijak. Beliau menyatakan bahawa beliau yakin BN akan menang mudah sekurang-kurangnya 35 kerusi. Ia ternyata betul dengan semua calon 35 calon PBB yang bertanding menang 100%.

Ternyata Taib tidak meletakkan harapan yang besar terhadap Supp dalam pilihan raya negeri kali ini.

Tindakan Tan seri Dr George Chan Hong Nam untuk meletakkan jawatan sebagai Presiden Supp akhir tahun ini juga satu perkara yang tidak bijak. ia perlu berlaku segera supaya proses persediaan untuk pilihan raya umum tahun ini atau tahun hadapan dapat berjalan lancar dibawah kepimpinan baru.

TM yakin penyakit yang menyerang komponan BN ini dapat dirawat dengan ubat yang paling pahit walaupun ia menyakitkan.- taipingmali
about a week ago · Like ·  · Subscribe

No comments: