Kapak Tajam
MALAYSIAN HISTORY X
SIAPAKAH MAFIA KEADILAN SOSIAL.
Kita sering dapati orang akan lebih mudah menampilkan diri mereka dengan mengemukakan permasaalahan pada isu lebih dari ideologi yang didukungnya,ini lah orang yang berpolitik satu dimensi.
Kehadiran pembangkang didalam kerajaan diharapkan akan memberi ‘check and balance’ dalam pentadbiran tetapi jika sikap menentang atau membangkang hanyalah berkisar serta menitikberatkan permasaalahan isu sosial maka ini bukanlah sesuatu yang konstruktif malah akan memecah-belahkan masyarakat.
Kenapakah para egalitarian; yang membawa trend pemikiran kesamarataan, yang ingin membawa imej ini bahkan mahu ia diterima secara universal melangkaui perbedaan biologi bangsa; sering menampilkan diri mereka sebagai ‘anti-racisme’!
Adakah ianya penting untuk menonjolkankan diri sebagai anti-rasisme dari mengamalkan menyesuaikan diri mengikut lingkungan sosial dalam mewujudkan keadilan sosial;dimana setiap anggota masyarakat memiliki kesempatan yang sama dan nyata untuk tumbuh dan belajar hidup mengikut kemampuan pada kadar hak-hak mereka yang diwarisi asli,di Malaysia khususnya.
Masaalah perkauman dinegara kita harus diakui amatlah jelas dan nyata sekali malah mengatakan sebaliknya kita hanyalah bersikap tidak adil kepada yang menjadi mangsa tadi.
Ramai yang tidak memahami erti rasisme dalam ertikata sebenar. Mereka ini berpendapat kiranya mereka mengutuk rasisme mereka bukanlah bersikap rasis.
Dalam konteks Malaysia yang berbilang kaum,rasisme itu ialah keyakinan kepada genesis kaum atau kepercayaan kepada kewujudan kaum Melayu,secara am.Masaalah dengan idelogis idealis ini ialah penyalahgunaan maksud rasis itu sendiri.Jika Melayu dikatakan rasis maka Lim Kit Siang sudah jauh mendahului kita.
Kita tertanya-tanya kenapakah wujudnya SJKC?Kenapa kaum dijadikan kriteria dalam persekolahan?Kenapa bahasa rasmi diketepikan?Tidakkah selepas tamat persekolahan pelajar-pelajar ini akan berdepan dengan bangsa lain diperingkat pengajian tinggi malah diperingkat kerjaya.Tidaklah keterlaluan jika dikatakan rasisme disemaikan semenjak dibangku sekolah lagi!!!!
Kita mahukan kebenaran bukan sekadar pengistilahan(samada rasis atau anti-rasisme).Yang mengutuk rasisme itu sendiri ialah seorang rasis totok. Adakah menidakkan hak sesuatu kaum itu bukan rasisme? Adakah bila kaum Melayu mempertahankan hak yang diwarisi atas dasar persetujuan dianggap rasis? Adakah kerajaan yang mahu mengamalkan Dasar Persekolahan Nasional boleh dianggap rasis berbanding dengan ‘anti-rasisme’ yang mahukan SJKC? Tidakkah ketidak-samarataan dalam penguasaan ekonomi itu berunsur rasisme?
Jika kita mengambil Malaysia dan rasisme,keduanya telah disalahertikan oleh para idealis ini.Kaum majoriti, bangsa Melayu mempercayai akan kaum asing,Cina dan India, memilih dikalangan mereka ini sebagai menteri-menteri malah mengundi mereka mewakili hak kaum Melayu didalam Parlimen.Bagi mereka yang bertegas kaum Melayu rasis, akan mengatakan pula pelantikan dan pemilihan itu adalah relevan dengan sistem pengundian dan pemilihan,inilah rasisme di Malaysia !!!
Ada kebenaran dalam kata-kata Orwell; “Penyelewengan dalam penggunaan bahasa hanya akan membuka jalan keporak-porandaan dalam masyarakat”.Kita mesti ikhlas dalam mencari kebenaran dalam ketepatan.
No comments:
Post a Comment