Nuraini Sheila
Inilah wajah Nik Aziz:
a. Kafir Mengkafirkan
1. “Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir” - Ceramah Nik Aziz Nik Mat di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 3 Julai 1999.
2. “Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid.” - Kuliah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Kg Pulau Melaka.
3. “UMNO tetap parti sekular kerana asas perlembagaanya tidak merujuk al-Quran dan Hadis.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 22 Februari 1999.
4. ‘‘Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO. Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar.’’ – Nik Aziz Nik Mat, Rakaman Audio di Sidang Akhbar di Pulau Pinang pada 17 Ogos 2009.
5. “Menentang PAS adalah Haram mengikut al-Quran.” - Nik Aziz Nik Mat, Berita Minggu, 24 April 1994
b. Kerjasama dengan bukan Islam
1. “Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam” - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999.
2. “Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram” - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.
3. “PAS boleh terima pemimpin DAP jadi Perdana Menteri, tidak ada apa, asalkan dia terima syarat yang ditetapkan oleh Barisan Alternatif.” - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 6 November 1999.
4. “Saya di antara orang yang cukup kuat menyokong untuk meluaskan keahlian PAS ini kepada orang bukan Islam.” - Nik Aziz Nik Mat, Kota Bharu, 1999.
5. “Ini penting kerana kita juga mahukan sokongan dan undi bukan Islam dalam usaha memenangi pilihanraya umum akan datang” - Nik Aziz Nik Mat, Ucapan di Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-31, Petaling Jaya, 24 Mei 2004.
6. “Jika Nabi Muhammad boleh menandatangani perjanjian dengan musuh tradisi Islam, iaitu kaum Yahudi, sebaik tiba di Madinah, PAS juga sanggup bekerjasama dengan DAP.” – Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 12 Mei 1999.
7. “DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam,”– Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 12 Ogos 2009.
c.Hukum Mencarut
1. “Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun, tapi terserahlah kepada manusia di mana tempatnya.” – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 28 April 1999.
2. “Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci seseorang jika kena pada tempat dan masanya, kerana ia sudah menjadi salah satu naluri.” - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 29 April 1999.
4. Kerjasama dengan Syaitan dan Malaikat
1. “Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA, dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima.” - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 24 Januari 1999.
2. “Memang ada lagi persefahaman antara PAS dengan Malaikat, sebab itulah APU (Angkatan Perpaduan Ummah) memerintah lagi (di Kelantan)”. – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 27 April 1995.
2 comments:
pendapat yang baik dan yang terbalik, salam perjuangan
sikap orang pas sekarang tak pandai berpolitik menyebabkan orang bermasalah dan berbalah sesama sendiri, kalau puak pas menyatakan hal pembangunana dan hal ekonomi, mungkin terasa juga bahangnya UMNO, Apa yang umno lakukan ada betul. Mesra masyarakat, perubahan di galas, Batu sapi, dan Tenang dan mungkin di Merlimau akan menaikkan lagi BN/UMNO, tapi kalau paklah , mungkin tidak berlaku. Sekarang Najib sebagai PM sudah ada perubahan, sebab itu Tun Mahathir memberi sokongan penuh pada BN/UMNO. Ini jasa orang lama maih ada pengaruh dalam politik negara.
Post a Comment