Sunday, September 13, 2009

Sakit Hati.......

1.perasan sakit hati adalah 1 fitrah manusia..semua manusia tak kira apa juga bangsa atau agama...sifat ini telah dilahirkan bersama manusia dan juga salah 1 karektor yg wujud dlm setiap manusia...ia sudah wujud sejak dari hari mula sejarah manusia.Tidak ada mansuia boleh menafikanya dan mendakwa mereka tidak ada perasaan itu ataupun tidak pernah berperasaan begitu...

2.penimbang kpd sifat fitrah ini dikalangan manusia adalah.akal...hanya dgn menggunakan akal..barulah perasaan ini dpt dikawal...hanya dikawal dan ianya tidak terhapus..wujud tetap wujud..namun akal manusia boleh mengawal perasaan ini dlm diri manusia itu agar perasaan sakit hati itu tidak membawa kpd perkara yg lebih buruk.....ataupun perkara yg boleh mendatangkan apa jua masalah kpd pihak yg terlibat...

3.pun begitu...tidak semua manusia mahu menggunakan akal yg dikurniakan tuhan kpd mereka utk mengawal perasaan sakit hati ini...walaupun mereka itu seorang yg terpelajar ataupun alim ulamak ataupun org berpangkat & berharta atau sesiapa shj....pengapit perasaan sakit hati ini amat berbahaya..iaitu balas dendam..dan kita semua tahu perlkauan balas dendam ini adalah utk mencapai kepuasan diri org yg sakit hati itu...dan selalunya.....angkara balas dendam ini...bukanlah sesuatu yg menyenangkan...atau kadangkala..ianya boleh menyebabkan kesengsaraan atau musibah yg buruk kpd yg dibalas dendam..dan mungkin juga..berlarutan hingga beberapa keturunan org yg terlibat....ia berupaya membabitkan ramai org dan ramai pihak......dan mungkin generasi akan datang...

4.sindrom sakit hati dikalangan org politik amat merbahaya...sangat buruk padahnya...bukan shj kpd pihak yg terlibat..tetapi mungkin juga bangsanya dan negaranya.....dan ia berupaya mendatangkan kesan buruk kpd generasi akan datang..dan mungkin kesan dan impaknya bakal merugikan mereka....ataupun menyebabkan mereka tertindas......sejarah telah membuktikannya..

5.oleh itu...kita semua terpaksa berhadapan dgn bahaya yg kurang diberi perhatian ini dlm arena dan perkembangan politik negara...dan kita juga perlu ada formula tertentu bagi mengawal tahap kerosakan yg mungkin berlaku kpd bangsa dan negara kita...yg pada hari ini amat runcing dan amat merunsingkan......org politik ke 2  paksi dilihat telah mengabaikan faktor ini..kerana kemaruk......kita semua dah tahu apa yg dikemarukan mereka....dan dlm pada itu...setengah drpd penyumbang kpd berlakunya apa jua perkara berkaitan sakit hati ini..adalah kita..sebagai pengundi...sebagai penyokong.......amat penting utk kita menimbang tara keadaan ini agar ianya tidak menjadi 1 malapetaka atau bencana kpd bangsa dan negara dan agama......

sekian....

Friday, September 11, 2009

Lembu.....

1.'' bodoh macam lembu ",,,,,1 ungkapan yg biasa bagi masyarakat melayu dimana ianya simbolik kpd kedunguan seseorang itu....dan frasa spt ini..bukanlah 1 frasa yg kesat atau hamun ...kpd org yg disindir itu....tapi ianya sebagai 1 tanda protes kpd perlakuan org tersebut.....yg secara amnya tidak sesuai dgn sesuatu situasi.ataupun sbg lawak jenaka antara kwn kwn.....apabila berbual kosong....
 
2.lembu juga 1 bentuk dewa dlm agama hindu..agama yg majoritinya dianuti oleh org india dinegara kita....lembu itu suci bagi mereka dan dianggap 'emak' kpd mereka....dan lembu adalah haram utk dimakan oleh mereka.....tetapi..susu lembu...boleh shj.........ataupu serbuk kari cap lembu...boleh juga dimakan.....

3.oleh kerana babi itu haram pada org islam yg dimana dinegara kita ..org melayu adalah majoritinya..maka lembu bagi org melayu adalah makanan asasi org melayu...lembu penting bagi org melayu kerana ramai org melayu x makan kambing..sebab masalah darah tinggi....daging lembu adalah pilihan utama org melayu islam...........
 
4.kini dinegara kita selepas 52 merdeka......kerana beberapa manusia yg ada sedikit masalah DNA akal mereka........telah menyebabkan....kerana lembu...atau kepala lembu........ianya telah menjadi 1 isu panas dinegara kita..isu yg boleh mencetuskan kompromi kpd keselamatan negara dan ketegangan pihak tertentu........dan kerana lembu juga.....beberapa org telah didakwa dimahkamah.......

5.apakah benar sangat isu kepala lembu demo penduduk di suk selangor tempohari itu bertujuan utk menghina agama hindu dan org india dinegara kita....?.........mengapa tidak pula pihak berkaitan memberi peluang dan hak penduduk itu membuat penjelasan awam...?..iaitu...kepala lembu itu adalah simbolik kpd sindiran mereka kpd mb selangor yg mereka anggap bodoh mcm lembu ataupun kes lembu korban tahun yg disiasat sprm......
 
6.aneh sekali...apabila pihak tertentu terus shj membuat tanggapan bahawa..demo itu menghina agama hindu...dan org melayu diperlihatkan spt menghina agama itu..sedangkan kebarangkalian atau kemungkinan bahawa ianya tidak spt itu adalah amat besar nisbahnya......tiada ruang langsung utk mempertahankan penduduk tersebut.........ataupun sekurang kurangnya...berilah sedikit keraguan ttg nya.......

7.implikasi isu ini kpd org melayu amat besar....ianya pasti tertulis dlm sejarah...dlm arkib negara...kerana ianya adalah berita sensasi...berita berkaitan testimoni keharmonian negara....generasi akan dtg pasti kecewa dgn kita....persepsi kaum lain kpd kita juga wajar dan perlu diambil kira.......kesan jangka panjang isu ini kpd org melayu amat tidak elok.....tidak bagus..
 
8.bagaimana jika di masa hadapan...pihak tertentu menggunakan isu melayu makan lembu atas nama menghina agama mereka...?..atau apa shj yg boleh mereka kaitkan dgn lembu dan kemudiannya menuding kpd kita....? ataupun ...semua haiwan pula dikaitkan utk dijadikan isu....isu politik.....macammana keadaan itu..? agaknya..?
 
sekian..

Wednesday, September 9, 2009

Kepala Lembu

1.isu hot demo kepala lembu yg melanda politik selangor telah ditangani dgn cara yg amat boleh dipertikaikan..oleh ke 2 paksi....yg jelas org org melayu menang jadi abu kalah jadi arang....keluhan penduduk akhirnya seolah spt dilupakan....yg dipentingkan hal lain pula....

2.demo kepala lembu itu dipercayai adalah utk menyindir mb selangor khalid berahim kerana beliau pernah disiasat sprm isu lembu korban tahun lepas...dan tidak lah dilihat sebagai utk menghina mana mana agama....dan perkara ini tidak dilihat dgn jelas oleh pihak berkuasa....ataupun dipandang sepi oleh pihak berkaitan kerana mahu membuktikan sesuatu..mungkin.....

3.walaupun dgn membawa kepala lembu utk berdemo itu 1 tindakan yg kurang bijak dan boleh dianggap politik picisan murahan sessetengah pihak....namun..kita tak perlu menidakkan hakikat bahawa yg diserang penduduk adalah mb selangor....dan bukannya agama hindu atau kaum india....sungguh malang sekali nasib melayu kita.....

4.keghairahan pihak tertentu yg cepat mentafsir demo kepala lembu itu sebagai adalah menghina agama hindu dan kaum india kerana politik adalah 1 perlakuan yg tidak logik dan kurang bijak....org melayu makin dianaktitikan pemimpin melayu......umno masih tidak mahu sedar dan realistik dlm hal ehwal spt ini.....

5.kita kesal dgn sikap pihak berkaitan yg dilihat menggunakan isu ini sebagai utk membuktikan kononnya mereka mengambil tindakan yg realistik...kononya mereka tak melindungi bangsa sendiri....kononnya mereka adalah pejuang kpd semua bangsa....kononnya dan pelbagai macam kononnya......meluat pulak dah....

6.org melayu sudah kerap dianaktirikan.....pelbagai isu yg timbul...melayu juga yg rugi...hal mereka x selesai...kuil yg dipindahkan ke tempat baru pula hanya 100 m drpd tempat yg diprotes....amat lucu...amat hina....minda org melayu dihina kerajaan pr selangor.......sedih dan malang sekali....

7.umno pula..dilihat tidak berlaku sepatutnya dlm hal sensitif sebegini....telah banyak isu membabitkan org lain yg lebih dasyat menghina melayu dan raja kita....atau negara..tiada pula tindakan....apakah kerana mereka itu tahu menggunakan undang undang ?,...ataupun org melayu kita yg lemah kualiti apabila mahu lakukan sesuatu...?........

8.sikap berdiam diri kebanyakan org melayu adalah puncanya....sifat mengalah.sifat terlalu lembut atau sifat merendah diri adalah puncanya....bangsa lain bukan main hebat mempromosikan kehebatan mereka...melayu pula mencantas sama sendiri.....emosi...hasad dengki...ini lah terjadi apabila professional dicantasm umno...pemimpin pula suka menjlat....suka membodek..pengecut..bacul.....x pula nak memperjuangkan hal kepentingan rakyat.....lihat apa dah jadi...

9.apa pun..pihak berkaitan perlu dan wajar memperbetulkan kedaan situasi ini agar org melayu x dicap sebagai perkauman..ataupun bermain politik sensitif dgn menghina agama lain....kes demo kepala lembu ini sudah pasti akan dijadikan modal politik pr.....tertulis dlm sejarah.....dan yg rugi dikacamata generasi akan datang adalah org melayu sendiri......org melayu akan dipersalahkan........

10.oleh itu...umno mestilah bijak dan realistik dlm hal politik sebegini agar tidak terperangkap dgn kesilapan sendiri.......agar tidak menganaktirikan anak sendiri...agar umno lebih berani bersuara...berjuang utk kepentingan bangsa negara & rakyat jelata....jika umno hanya tahu atau takut dgn bangsa lain yg sememangnya x mengundi umno bn dan sentiasa pula teramat sangat mahu menjaga hati mereka.....maka sudah pasti.....sangat pasti......umno sedang menghala ke jalan yg salah......sedarlah....

sekian...