Monday, March 16, 2009

Gencatan Politik

Gencatan Politk

Senario Politik Negara kini berada dalam satu situasi yang amat tidak sihat @ nazak ianya perlu dan wajar diberi perhatian yang amat serius jika kepentingan rakyat dan Negara mahu diutamakan. Pihak berkaitan daripada kedua dua paksi perlu melihat situasi yang merugikan semua pihak ini dengan logik dan realistik serta mencari jalan terbaik bagi menstabilkannya demi rakyat dan Negara.

Perjuangan politik pihak pihak tertentu yang menjurus kepada kerosakan perpaduan ummah dan “ kebaikan” ‘kepentingan politik peribadi mereka sewajarnya diberi satu post mortem agar ianya dapat dikenal pasti dan seterusnya diperbetulkan.

Mesej rakyat kepada pemerintah atau pembangkang melalui pilihanraya terlalu panjang dan lama jurangnya. Diantara waktu setiap pilihanraya iaitu setiap 4 tahun sekali , dilihat terlalu lama bagi menunjukkan perasaan rakyat kepada pihak pemerintah dan pembangkang , pihak berkaitan perlu mencari satu mekanisma dan instrument bagi mendapatkan gambaran jelas dan tepat sentiment rakyat terhadap suasana politik Negara agarnya ianya tidak menjadi kucar kacir seperti hari ini.

Kita semua wajar akui kualiti politk yang dimainkan oleh kedua-dua paksi sudah terlalu rendah kualitinya,, melampaui batas dan kesannya pula kepada rakyat Negara terlalu parah sehingga untuk memperkatakannya telah menjadi satu perkara yang amat memalukan. Permainan politik yang dimainkan amat teruk sehingga ke tahap mencemar kewarasan dan kelogikkan manusia ,hakikat dan kenyataan mengenai perkara ini sudah tidak dapat diselindungkan lagi.Telah terlalu terang walaupun tanpa cahaya dan lampu suluh.

Setiap hari rakyat telah dan sedang dihidangkan dengan tuduhan dan penafian yang amat kuat ketipuannya sehingga Raja Raja Melayu sejak kebelakangan ini kerap memberi teguran yang pedas dan logik kepada pemimpin pemimpin politik kedua dua belah paksi. Pihak asing pula dilihat sedang sedaya upaya mengambil kesempatan keatas situasi ini dan jelas sokongan mereka adalah kepada paksi pembangkang,manakala mereka paksi pembangkang pula melihat suasana ini sebagai satu peluang untuk menjana kepentingan peribadi mereka tanpa menghiraukan atau memberi perhatian kepada kesan jangka panjang yang sudah pasti tidak produktif kepada rakyat dan Negara.

Perjuangan untuk rakyat dijadikan modal oleh paksi pembangkang sebagai mendapat sokongan rakyat manakala pihak pemerintah dilihat terlalu perlahan memperbaiki kelemahan punca yang menyebabkan situasi hari ini.


Sensiviti rakyat tidak dihiraukan sangat,politik penafian masih lagi memacu kedua dua belah paksi ini kenyataan dan hakikat ini mesti diperbetulkan. Hakikatnya Provokasi strategiK paksi pembangkang sudah amat melampaui batas kewarasan rakyat , percaturan politik pemerintah pula terlalu melampaui karut dan selekeh.
Minda rakyat tidak sewajarnya diperlekehkan...Maruah Negara tidak sewajarnya dijadikan pertaruhan...Harga Diri politikus tidak seharusnya menjadi keutamaan..kedaulatan bangsa dan Negara tidak perlu dipermainkan.
Jika ada jalan terbaik, ia seharusnya Gencatan Politik ,kedua dua pihak harus diberi peluang untuk membuktikan tahap dan taraf logik akal manusia kepada rakyat.